BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Julai 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434 Bagi Negeri Johor

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434 Bagi Negeri Johor

Panduan Kadar Fitrah


Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).


Panduan Pembayar

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan Zakat Fitrah di Negeri Johor 
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. 
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. 
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:

Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”

Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah


----------------------------------------

Alhamdulillah, ianya sudahpun diselesaikan..

Kadar Zakat Fitrah 2013 / 1434 Bagi Negeri Johor
[Link]


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan