Alhamdulillah kami sudah selamat kembali dari kampung semalam. Program berziarah bakal disambung pada hujung minggu memandangkan esok saya akan mula bekerja.
Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maklumlah kesibukan bekerja sehingga ke saat akhir tempohari dan ditambah lagi kesibukkan melakukan persiapan untuk hari raya serta program berziarah telah membuatkan saya terpaksa mengabaikan seketika blog ini.
Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan saya diblog ini yang menyinggung perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan