BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Julai 2014

F1 - Valtteri Bottas Menerajui Kebangkitan Pasukan Williams

Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai Pasukan Williams. Untuk musim 2014, pasukan ini dikenali dengan nama rasminya Williams Martini Racing. Pasukan yang dianggap sebagai lagenda ini sudah sekian lama berada dikelompok pertengahan. 

Sebaik sahaja perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2014 kembali ke benua Eropah, pasukan ini telah menunjukkan kebangkitan. Watak penting dalam kebangkitan Pasukan Williams tentunya Valterri Bottas.


Valtteri Bottas


Konsisten Podium 

 

Bermula dengan perlumbaan di Austrian Grand Prix, Valtteri Bottas berjaya menduduki tempat ke 3. Pada perlumbaan seterusnya di British Grand Prix, sekali lagi beliau berjaya mendapat kedudukan podium ke 2. Manakala pada perlumbaan di German Grand Prix, kecemerlangan beliau diteruskan apabila berjaya menduduki tempat ke 2.


Valtteri Bottas


3 Tahun Jadi Pemandu Ujian 

 

Beliau melangkah ke sukan Formula 1 (F1) dengan menjadi pemandu ujian bagi Pasukan Williams bagi musim 2010, 2011 dan 2012. Akhirnya bagi musim 2013 beliau telah ditawarkan menjadi pelumba ke 2 bagi Pasukan Williams.

Musim pertamanya sebagai pelumba Formula 1 (F1) bagi musim 2013 hanya mendapat 4 mata daripada 19 perlumbaan yang disertainya. Pun begitu , prestasinya benar-benar memuncak untuk musim 2014. Walaupun baharu menjangkau ke perlumbaan yang ke 10, pungutan matanya sudah hampir mencecah ke 100 mata.


Ada Potensi 

 

Dengan prestasi yang cukup memberangsangkan ini telah membolehkan Valtteri Bottas menduduki tangga ke 5 dalam pungutan mata keseluruhan kejohanan Formula 1 (F1) musim 2014. Jika beliau kekal konsisten sepanjang musim ini, tidak mustahil beliau mampu menenggelamkan nama-nama besar yang lain dalam sukan Formula 1 (F1).


Valtteri Bottas Profile

Nama Penuh: Valtteri Bottas
Lahir: 28 Ogos1989 
Tempat Lahir: Nastola, Finland
Umur: 24 Tahun
Tinggi: 1.73 m
Berat: 70 kg
[Link]


4 ulasan:

  1. William pun guna enjin Mercedes kan? So, should be competitive tahun ni mcm Petronas. Still, kawe mahu Nico Rosberg menang tahun ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Enjin Mercedes. Itu antara faktor kebangkitan. Kalau Felipe Massa pun ikut sama konsisten ada peluang pasukan ni untuk Top 3. Lagipun dah lama pasukan ni tidur. Tahun 2014 mereka bangkit!

      Saya pun harap Petronas juara tahun ini. Tak kisahlah sama ada Rosberg atau Hamilton. Janji Petronas. :)

      Padam
  2. aku dah lama tak follow sukan ni. tak tahu pun nama pemandu F1 sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada live di TV tak berbayar macam dulu-dulu tentu ramai yang follow.

      Ramai pemandu muda sekarang ni. Kalau lama tak follow memang tak tahu..

      Padam