BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Februari 2018

Dividen KWSP 2017 - Simpanan Konvensional 6.90% dan Simpanan Shariah 6.40%

Tentunya inilah berita yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun oleh golongan pekerja yang berada di sektor swasta. Berita yang ditunggu-tunggu itu adalah berita mengenai pengumuman dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengumuman mengenai dividen Simpanan Shariah tentunya menjadi tumpuan kerana ianya adalah skim simpanan terbaharu yang diperkenalkan oleh KWSP berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.




Dividen KWSP 2017 (Konvensional 6.9% / Syariah 6.40%)
Dividen KWSP 2017


Alhamdulillah dividen yang diumumkan bagi Simpanan Shariah agak memberangsangkan iaitu 6.40%. Peratusan pulangan yang dikira amat baik bagi dividen yang pertama (2017).

Diharap prestasi dan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Shariah akan kekal kompetetif untuk tahun-tahun yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan