Khas buat pengguna yang meminati varian "Naked", baru-baru ini KTM Malaysia telah memperkenalkan KTM Duke 250 (2017) yang telah dikemaskini sedia untuk ditawarkan.
Pelbagai penambahbaikan telah pun diperkenalkan terhadap KTM Duke 250 (2017). Antara penambahbaikan yang agak ketara tentunya dari segi penampilan, chasis serta enjinnya.
![]() |
KTM Duke 250 (2017) |
Rekabentuk Moden
KTM Duke 250 (2017) ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik serta dalam masa yang sama masih berupaya mengekalkan identiti yang diwarisi daripada model sebelumnya.
Perubahan paling ketara tentunya paip ekzos yang dikeluarkan dan dihalakan ke sisi kanan berbanding model sebelumnya yang terletak di bahagian bawah enjin.
Perubahan paling ketara tentunya paip ekzos yang dikeluarkan dan dihalakan ke sisi kanan berbanding model sebelumnya yang terletak di bahagian bawah enjin.
Dilengkapi ABS
Seperti model terdahulu, KTM Duke 250 (2017) dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System).
Dengan adanya sistem ini, KTM Duke 250 (2017) sekali lagi telah mengesahkan statusnya sebagai satu-satunya motosikal didalam kategorinya yang dilengkapi dengan sistem ABS. Ianya juga merupakan satu penanda aras bagi motosikal berkuasa 250cc perlu dicabar oleh para pesaingnya.
Dengan adanya sistem ini, KTM Duke 250 (2017) sekali lagi telah mengesahkan statusnya sebagai satu-satunya motosikal didalam kategorinya yang dilengkapi dengan sistem ABS. Ianya juga merupakan satu penanda aras bagi motosikal berkuasa 250cc perlu dicabar oleh para pesaingnya.
Tangki Bahan Api Lebih Besar
Antara perubahan paling ketara adalah kapasiti tangki bahan api yang lebih besar. Kapasiti tangki bahan api bagi model sebelumnya adalah 11 liter manakala kapasiti tangki bahan api KTM Duke 250 (2017) ialah 13.4 liter.
Perbezaan 2.4 liter berbanding model sebelumnya adalah amat besar dan membolehkan KTM Duke 250 (2017) menambah jarak perjalanan sebanyak 74km.
Memandangkan motosikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar berbanding para pesaingnya, secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian dan sebuah "Sports Tourer". Isian penuh tangki bahan api membolehkan motosikal ini melakukan perjalanan sejauh 413.5km.
Enjin - Kuasa Kurang 1HP
Enjin baharu yang dilengkapkan pada KTM Duke 250 (2017) mampu menjana 22kW (30HP) kuasa.
Walaubagaimanapun, kuasa yang dijana oleh enjin tersebut adalah kung 1HP daripada model sebelumnya. Namun bagitu dari segi positifnya, enjin tersebut adalah mematuhi piawaian Euro 4 yang menghasilkan kurang pencemaran.
Lebih Berat
Pelbagai penambahbaikan bagi KTM Duke 250 (2017) dari segi penampilan, casis serta enjin telah mempengaruhi berat motosikal ini. Kini ianya 8kg lebih berat berbanding model sebelumnya.
Pelana Lebih Tinggi
Manakala perubahan pada ketinggian sebanyak 30mm pada pelana motosikal ini juga akan memberi kesan kepada penunggang yang lebih rendah.
Berikut adalah spesifikasi bagi KTM Duke 250 (2017):
Enjin | Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang DOHC |
Isipadu | 248.8cc |
Gerek x lejang | 72 mm x 61.1 mm |
Transmisi | 6-kelajuan |
Kuasa | 22kW (30bhp) @9000 rpm |
Fuel System | Suntikan Bahan Api |
Suspensi Hadapan | WP Teleskopic Terbalik |
Suspensi Belakang | WP Monoshock |
Brek Hadapan | Cakera Tunggal 300mm |
Brek Belakang | Cakera Tunggal 230mm |
Tayar Hadapan | 110/70 - ZR 17 |
Tayar Belakang | 150/60 - ZR 17 |
Saiz tangki | 13.4 liter |
Tinggi Pelana | 830 mm |
Berat | 147 kg |
Harga | RM21,730* |
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos. |
Kesimpulannya
KTM Duke 250 memang sudah terkenal sebagai sebuah motosikal yang ringan serta berkuasa. Atas faktor inilah ia mudah untuk dikawal serta lebih lincah dijalanan.
Akibat daripada pelbagai penambahbaikan terkini bagi KTM Duke 250 (2017) menjadikkan ianya lebih berat berbanding model sebelumnya. Model terbaharu ini juga didatangkan dengan kurang 1HP daripada kuasa enjinnya. Didalam dunia motosikal, kuasa kuda sebanyak 1HP adalah besar. Namun begitu, ia masih lagi sebuah motosikal yang teringan dan berkuasa didalam kelasnya.
Rujukan: KTM Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan