BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Mac 2018

Yang Biasa-biasa Itu Sebenarnya Luar Biasa

Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa sesuatu yang kelihatan biasa-biasa itu sebenarnya adalah luar biasa jika kita pandang daripada sisi yang berbeza.


Gambar Cendol Biasa-biasa
Cendol ini biasa-biasa sahaja rasanya...


Apabila kita memandang sesuatu perkara yang biasa-biasa itu dengan teliti, menilai serta memahaminya baharulah kita akan sedari bahawa perkara yang biasa-biasa itu sebenarnya cukup luar biasa.

Perkara yang dianggap biasa-biasa pada hari ini kemungkinan besar dahulunya diperjuangkan bermati-matian oleh bangsa, masyarakat dan rakyat terdahulu.

Pendekatan yang wajar dilakukan ialah sebaik-baiknya kita perlu mensyukuri segala nikmat yang diperolehi, terutama yang biasa-biasa.

Yang biasa-biasa itu sebenarnya luar biasa bagi yang memahaminya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan