BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

17 Mei 2018

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua #4

Ramadan datang lagi. Besar harapan saya agar Ramadan dapat disambut dalan keadaan yang tenang serta kekal aman di negara ini.


Masjid Bandar Seri Alam



Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya dengan rendah diri dan konsisten menyarankan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang masih merokok supaya mengambil kesempatan sempena Ramadan ini untuk memulakan Misi Berhenti Merokok

Bagi yang mempunyai anak kecil yang mahu belajar atau dilatih untuk berpuasa, boleh rujuk pautan ini [Link] untuk sedikit tips yang sangat berkesan yang telah lama saya sekeluarga amalkan.
 
Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog dan bermedia sosial ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Buat Semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan