Memandangkan saya tiada pengalaman dalam mendapatkan cermin mata, maka saya mula mencari maklumat mengenainya di internet serta bertanyakan kepada rakan-rakan yang sudah lama memakai cermin mata.
Pelbagai maklumat diperolehi tentang cermin mata serta kos anggaran bagi mendapatkannya. Yang pastinya ia bukalah murah. Baiklah, sekarang saya sudah dapat gambaran yang sebenarnya. Proses mencari kedai cermin mata yang sesuai dimulakan secara rasminya.
Benar, saya telah ke beberapa buah kedai cermin mata. Namun bagitu kosnya agak merisaukan. Terus terang saya katakan, saya tidak sangka yang hargan sepasang cermin mata boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit!
Sehinggalah saya terjumpa dengan DR. SPECS cawangan Paradigm Mall Johor Bahru. Semua tanggapan awal tentang harga cermin mata terpadam. Saya sudah nampak sinar dihujung terowong!
![]() |
DR. SPECS Paradigm Mall Johor Bahru |
Di sini, sepasang cermin mata boleh didapati dari harga serendah RM50. Ya, RM50 untuk harga bingkai termasuk dengan kantanya sekali.
![]() |
DR. SPECS - Korean Frame |
Namun begitu, itu hanyalah harga untuk bingkai cermin mata dengan kanta asas. Untuk kanta yang lebih baik ia boleh dinaik taraf dengan tambahan harga mengikut ciri-ciri serta fungsi yang dikehendaki. Lebih banyak fungsi, lebih banyaklah tambahan harga.
![]() |
DR. SPECS - Pilih, Periksa & Bayar |
Yang pastinya terlalu banyak pilihan boleh juga melambatkan urusan! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan