BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Generasi Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Generasi Internet. Papar semua catatan

18 Mac 2011

Mac 18, 2011

Did You Log Into Facebook From Somewhere New?

Baru sebentar  tadi menerima email daripada pihak Facebook yang bertajuk "Did You Log Into Facebook From Somewhere New?" memberitahu bahawa terdapat seseorang diluar sana sedang cuba menggunakan akaun Facebook daripada lokasi yang diragui.  

Menurut email itu lagi, berikutan masalah tersebut akaun Facebook tersebut telahpun dikunci buat sementara untuk tujuan keselamatan.



Memang terkejut pada mulanya apabila membaca notis pemberitahuan tersebut. Maklumlah, kita ini cuma orang kebanyakan dan bukan tergolong daripada golongan yang terkenal.  Masakan ada orang yang cuba mencuri akaun Facebook? Untuk tujuan apa agaknya? Suka-suka?  Yang pastinya ia akan digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Bila diselidiki memang ternyata benar, akaun Facebook tersebut telah pun dikunci buat sementara sehingga  pemilik akaun melakukan proses menuntut semula akaun.

Pihak Facebook mengarahkan supaya pemilik akaun masuk seperti biasa ke akaun Facebook  serta membuat semakan terhadap aktiviti terkini akaun Facebook untuk tujuan pengesahan.



Berdasarkan semakan aktiviti terkini memang menunjukkan terdapat cubaan untuk menggunakan akaun Facebook dari Jakarta, Indonesia! Jadi amat jelaslah bahawa itu adalah aktiviti yang amat meragukan kerana pada masa itu pemilik akaun Facebook tersebut berada di rumah! Ciss!


20 September 2010

September 20, 2010

ImHalal - Moral Search Engine

Tercari-cari "Search Engine" yang hanya memaparkan topik serta keputusan yang baik dari segi moral? Gunakan www.imhalal.com.  "Serach Engine" ini diasaskan oleh Reza Sardeha, kelahiran Kuwait yang berusia 21 tahun dan berpengkalan di Amsterdam.

"Search Engine" ini akan menapis semua kandungan yang tidak bermoral seperti pornografi, perkara berkaitan dengan alkohol dan lain-lain topik yang tidak sesuai dengan cara hidup seorang muslim.

Oleh yang demikian, "Search Engine" ini amat sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak dan ibu bapa yang risau tentang kandungan internet yang tidak bermoral.



Menurut pengasasnya:

"We think that the other search engines are way too 'main street' oriented. We wanted to provide a solution to explore the Web in a safe environment, where you won't bump into explicit content or immoral websites, like pornography," said Reza Sardeha, the Amsterdam-based founder of the Muslim-oriented search engine I'mHalal.
If one types the world alcohol into imhalal.com, the search engine produces results that explain the Muslim viewpoint on drinking. Type in "pornography," and the search engine produces... nothing. The 21-year-old Kuwaiti says the site attracts users from places like Pakistan, Indonesia, Malaysia, the United Arab Emirates as well as the United States.
"Actually we know that our users are not only Muslims, and once a week we get an email from non-Muslims as well saying that they like the content of our safe search engine and they allow their children to search knowing they won't bump into offensive content."