BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jimat. Papar semua catatan

18 September 2011

September 18, 2011

Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum

Jangka hayat perkakasan dan perlatan elektrik amat sukar ditentukan.  Faktor harga sahaja tidak memadai untuk dijadikan panduan untuk menentukan jangka hayatnya.



Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum
Jangka Hayat Perkakasan dan Peralatan Elektrik Secara Umum



Namun begitu kebanyakkan perkakasan dan peralatan elektrik dapat bertahan pada satu jangkamasa yang munasabah dengan mengambil kira gabungan beberapa faktor iaitu harga, kualiti, kadar penggunaan dan tempat peralatan itu digunakan.

Berikut adalah jangka hayat umum bagi perkakasan dan peralatan elektrik menurut RETRA (Radio, Electrical and Television Retailer's Association, United Kigdom):


Perkakasan dan Peralatan Kecil

 
Sterika, Cerek, Pengering Rambut, Pengisar Makanan,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

VCRs dan DVDs berharga rendah,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

VCRs and DVDs berharga premium
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Perkakasan dan Peralatan Sederhana


Peti Sejuk, Peti Pembeku, Pengering Pakaian,
Ketuhar Gelombang Mikro 
Jangka hayat: 3 - 8 tahun.


Perkakasan dan Peralatan Besar


Dapur elektrik,
Jangka hayat: 8 - 10 tahun.

Mesin Pembasuh Pinggan, Mesin Basuh,
Jangka hayat: 4 – 8 tahun.

CTV mudah alih harga rendah,
Jangka hayat: 3 - 5 tahun.

CTVs berharga premium
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Sistem Hi-Fi berharga rendah,
Jangka hayat: 2 - 5 tahun.

Sistem Hi-Fi berharga premium,
Jangka hayat: 5 - 8 tahun.

Jadi bila ada peralatan yang sudah melangkaui julat anggaran jangka hayat, ia umpama bonus! Namun begitu perlu waspada dan bersedia pada bila-bila masa kerana peralatan tersebut akan berhenti berfungsi tanpa sebarang notis.

Imej kredit, homedit.com


05 Ogos 2011

Ogos 05, 2011

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda

POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda
POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda



POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda ialah program pendidikan kewangan praktikal yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

POWER! direka khas untuk memberikan anda pengetahuan asas kewangan dan cara pengurusannya supaya anda lebih yakin dan boleh membuat keputusan Pengurusan kewangan secara wajar.


PENGETAHUAN POWER!


POWER! terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin memperoleh pengetahuan kewangan secara praktikal dan skil dalam Pengurusan kewangan dan hutang peribadi.

Jika anda merancang untuk memohon kemudahan pinjaman atau kredit buat kali pertama, POWER! akan memberikan anda tip berguna untuk menguruskan hutang secara efektif.


SESI POWER!


POWER! akan membantu anda menguruskan kwangan dan hutang dengan lebih baik melalui 6 bab praktikal tentang:

  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Asas Meminjam
  • Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak
  • Membeli Kereta
  • Membeli Rumah
  • Mengurus Hutang Anda

MANFAAT POWER!


Dengan POWER! anda akan dapat menguruskan aliran wang peribadi dengan yakin dan dapat membuat keputusan Pengurusan kewangan dengan berhemat.

LOKASI POWER!


Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:

Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang


Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk halaman web AKPK

-----------------------------

Bagi yang berkesempatan silalah menghadirkan diri untuk menigikuti sesi POWER! yang diadakan pada setaip Sabtu dan Rabu.  Sesi ini tentunya bagus untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai pengurusan kewangan peribadi.

16 Jun 2011

Jun 16, 2011

Tips Penjimatan Tenaga Elektrik

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.

Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.


Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan


Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga


Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

Gunakan mentol watt lebih rendah


Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.