Sekolah
Januari 01, 2011
Dulu 3M Sekarang 4M
Aktiviti pertama pada tahun 2011 yang dilakukan ialah melengakpkan proses pendaftaran dan menghadiri taklimat di sekolah kerana anak sulung kami secara rasminya ke darjah satu pada tahun ini.
Tahun ini pelajar tahun 1 adalah kumpulan pertama yang mengikuti modul baharu kurikulum yang dikenali sebagai KSSR bagi menggantikan KBSR. KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang lebih memberi penekanan terhadap 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul.
Ada banyak yang dibertitahu ketika menghadiri taklimat di sekolah pagi tadi tetapi ada 2 perkara yang benar-benar menarik perhatian iaitu
- Menaakul
- Penilaian Berasaskan Sekolah