BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

21 Januari 2015

Januari 21, 2015

Hari Pertama Ke Sekolah #2

Sudah lebih seminggu Nurin Amani secara rasminya berada di darjah satu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sejujurnya tiada apa yang hendak kami risaukan sangat. Maklumlah pengalaman ketika kakaknya melangkah ke darjah satu dahulu telah sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersedia.



Hari Pertama Ke Sekolah - Melangkah Dengan Penuh Yakin!
Hari Pertama Ke Sekolah - Melangkah Dengan Penuh Yakin!




Benar kata sesetengah orang, anak kedua ini biasanya lebih cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta suasana yang baharu. Berdasarkan pemerhatian kami, ternyata memang kenyataan itu ada meritnya.




Hari Pertama Ke Sekolah - Tag Nama Perlu Ada
Hari Pertama Ke Sekolah - Tag Nama Perlu Ada


Seperti kakaknya, jadual persekolahan Nurin Iman sememangnya amat padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 



Hari Pertama Ke Sekolah - Beratur Itu Rutin Wajib!
Hari Pertama Ke Sekolah - Beratur Itu Rutin Wajib!


Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji. 

Kadang-kadang terasa kesian pula melihat Nurin Amani kepenatan sebaik sahaja pulang dari sekolah. Pun begitu apabila difikirkan semula, itulah cabaran yang perlu ditempohi disepanjang zaman persekolahannya. Sama seperti abahnya yang juga telah melalui sistem yang sama..


03 Januari 2014

Januari 03, 2014

Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran

Pagi-pagi lagi saya sudah menerima panggilan telefon dari isteri semalam ketika baharu hampir memulakan kerja di pejabat. Saya diberitahu isteri bahawa MHI (Malaysia Hari Ini), terbitan TV3 telah menggunakan photo yang diambil daripada blog ini diakhir rancangan tersebut. 

Namun begitu, menjelang tengahari baharulah saya berkesempatan singgah ke halaman web tonton dan cuba mengesahkan perkara tersebut.

Memang benar, ada satu photo daripada blog ini yang telah digunakan diakhir rancangan MHI (Malaysia Hari Ini) episod ke 2 tahun 2014. Sebuah photo lama Nurin Iman dan emaknya ketika di hari pertama persekolahannya.


Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran
Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran [Link]



Entri yang diterbitkan pada 4 Januari 2011 [Link] ini memang benar-benar istimewa buat kami sekeluarga. Maklumlah, ianya berkenaan anak sulung kami di hari pertama persekolahannya. Tidak sangka pula, ada pihak yang berminat menggunakan photo tersebut!



Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 Guna Photo Kami Tanpa Kebenaran
Beri tumpuan pada minit ke 0:48 dan 3:01



Berikut adalah sedutan daripada rancangan MHI (Malaysia Hari Ini) episod 2 - tahun 2014 terbitan TV3 yang disiarkan pada 2 Januari 2014. Beri tumpuan pada minit ke 0:48 dan 3:01.







Sebenarnya saya tidak berminat untuk menjadikannya satu isu. Apa pun cerita serta tujuannya, pihak yang berkenaan seharusnya meminta kebenaran dahulu untuk menggunakan photo tersebut. Di zaman serba canggih ini rasanya tiada alasan untuk tidak berhubung kerana banyak saluran dan medium yang boleh digunakan.


03 Januari 2013

Januari 03, 2013

Nurin Amani Ke Sekolah

Nurin Amani - Hari Pertama Ke SekolahKeseronokkan ke alam persekolahan seperti yang kami war-warkan dan ceritakan padanya sejak bertahun dahulu sudah sampai ke kemuncaknya. Sesi persekolahan baharu untuk tahun 2013, Nurin Amani ke sekolah tadika.

Alhamdulillah, hari pertama Nurin Amani ke sekolah bermula dengan baik sekali. Tiada drama atau skrip yang diluar kawalan! Semuanya baik-baik sahaja.

26 Februari 2012

Februari 26, 2012

Aktiviti Hujung Minggu #2

Kami ke sekolah semalam kerana ada Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi  Tahun 2011. Alhamdulillah tahun ini Saya dapat menyertainya. Tahun lepas tidak dapat menghadirinya kerana terpaksa bekerja. 

Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang. Segala minit mesyuarat dan laporan kewangan tahun terdahulu telah disahkan.

Kini tiba masanya untuk memilih Yang Di Pertua PIBG berserta timbalannya dan Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) yang baharu. Tetapi sebelum pemilihan dijalankan, awal-awal lagi Yang Di Pertua PIBG serta timbalannya bagi sesi yang terdahulu meminta diri mereka tidak dicalonkan lagi kerana mereka sudah tiada anak yang bersekolah di sekolah itu lagi. Lagipun menurut mereka sudah sampai masa kepimpinan baharu mengambil alih.

Pada mesyuarat itu terdapat 2 usul yang dikemukakan iaitu mengenai yuran PIBG sebanyak RM30 bagi setiap keluarga serta bayaran RM10 bagi setiap murid untuk menampung penggunaan kertas bagi setiap pelajar. Seperti biasa apabila melibatkan soal pembayaran tentu akan ada pihak yang menyuarakan tentang relevennya bayaran RM10 yang akan dikenakan bagi setiap pelajar. Namun begitu setelah mendapat penjelasan yang sewajarnya daripada wakil pihak sekolah, usul tersebut akhirnya diterima sebulat suara.


Kemuncak kepada aturcara majlis pada hari itu adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Pelajar-pelajar cemerlang dari semua aliran termasuk pendidikan khas telah diberikan pengiktirafan sewajarnya terhadap kecemerlangan mereka.



02 Julai 2011

Julai 02, 2011

Hari Terbuka Sekolah #2

Hari terbuka sekolah telah pun diadakan pada minggu lepas bagi sekolah agama manakala pada hari ini  (Jumaat) untuk sekolah kebangsaan. Seperti kebanyakkan ibu bapa yang lain, di hari tersebut kami diberitahu mengenai prestasi pelajaran, personaliti serta masalah-masalah lain yang dihadapi ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Kami agak teruja untuk menghadirinya. Perasaan yang lebih kurang sama seperti pertama kali menghadiri hari terbuka sekolah ketika Nurin Iman bersekolah tadika dahulu. Cuma kali ini perasaan tersebut lebih mendalam (intense). Maklumlah kini Nurin Iman telah berada dalam sistem persekolahan formal.  Dengan pengenalan KSSR di sekolah kebangsaan, semua aspek perlu diberi perhatian serius.

Mendapat maklum balas daripada perspektif  yang berbeza daripada guru-gurunya  tentunya amat membantu dalam kami mengenali sikap dan personaliti sebenar anak kami. Tentunya ada yang positif dan ada juga yang negatif.  Apa pun kami terima dengan hati yang terbuka.  

Kami faham dengan adanya maklum balas daripada guru-guru secara tidak langsung akan membantu kami untuk memantapkan lagi personaliti dan potensi anak kami. Selain itu maklumat yang diperolehi daripada guru-guru juga amat membantu kami dalam merangka rancangan pembelajarannya.
 

Memang diakui, keutamaan kami adalah kecemerlangan dalam pelajaran. Cuma apa yang merisaukan kami adalah bagaimana untuk menentukan sempadan kecemerlangan yang dititikberatkan itu agar tidak menjadi satu beban buat Nurin Iman. 

Perjalanan hidup anak ini masih lagi jauh.. Semoga segala usaha kami dipermudahkan Allah. Amin.


13 Jun 2011

Jun 13, 2011

Esok Hari Penting

Memandangkan esok sekolah akan dibuka semula selepas dua minggu bercuti, segalanya perlu dipastikan untuk kembali seperti biasa.  

Kemudian baru teringat yang Nurin Iman telah kehilangan buku teks Bahasa Inggerisnya.  Telah pun diadukan pada gurunya sebelum cuti sekolah bermula tempohari dan dinasihatkan untuk menggantikannya.





Diberitahu oleh guru tersebut bahawa buku teks tersebut boleh didapati di Badan Bookstore dan MPH.

Kalau murid darjah satu tentu ada sahaja yang hilang.  Kehilangan pensel setiap minggu itu perkara biasa..
 
Kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku tersebut. Mujur buku tersebut masih lagi ada dijual.  Terus membeli buku teks tersebut serta beberapa buku latihan yang lain.  Sambil itu terus berpesan pada Nurin Iman untuk menjaganya agar tidak hilang lagi.

Selain daripada itu, esok juga merupakan hari lahir Nurin Iman. Maka genaplah usianya 7 tahun esok. Sudah terlanjur berada di Plaza Angsana, kami terus ke Golden Oven untuk mendapatkan kek yang dihajatinya. 

Oleh kerana Azza masih belum sihat sepenuhnya, kami mahu menyelesaikan semua urusan dibawah satu bumbung.  Memandangkan kami baru sampai dari Seremban semalamnya, memang tiada apa lagi yang tinggal didalam peti sejuk. Semuanya telah pun dikosongkan sebaik sahaja mahu balik ke Seremban tempohari.

Segera ke Pasaraya UO  untuk membeli barangan keperluan dapur. Memang jarang berbelanja di sini kerana selalunya kami ke Giant atau Tesco berhampiran rumah. 

Senang hati bila semua keperluan dapur serta peralatan persekolahan telah dilengkapkan semuanya. Memandangkan esok adalah hari penting buat Nurin Iman tentunya beliau tidak sabar untuk ke sekolah dan menyambut hari lahirnya.



04 Januari 2011

Januari 04, 2011

Hari Pertama ke Sekolah

Semalam, hari pertama Nurin Iman secara rasminya ke sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Beliau bangun seawal jam 6 pagi dengan penuh bersemangat. Tak sabar nak ke sekolah katanya. Melihat anak yang bersemangat untuk ke sekolah tentunya membakar semangat kami untuk menghantar dan menemaninya ke sekolah. 

Maklumlah banyak perkara yang kami risaukan dan yang pastinya kami tidak mahu terlepas peluang melihat dia di hari pertama persekolahannya. Harapan kami semoga dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru serta rakan-rakan yang baru.



Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!
Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!



Memang diakui apabila Nurin Iman memasuki alam persekolahan sebenar, aktiviti persekolahannya memang cukup padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 

Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji.  

01 Januari 2011

Januari 01, 2011

Dulu 3M Sekarang 4M

Aktiviti pertama pada tahun 2011 yang dilakukan ialah melengakpkan proses pendaftaran dan menghadiri taklimat di sekolah kerana anak sulung kami secara rasminya ke darjah satu pada tahun ini. 

Tahun ini pelajar tahun 1 adalah kumpulan pertama yang mengikuti modul baharu kurikulum yang dikenali sebagai KSSR bagi  menggantikan KBSR. KSSR  ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang lebih memberi penekanan terhadap 4M  iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah - KSSR


Ada banyak yang dibertitahu ketika menghadiri taklimat di sekolah pagi tadi tetapi ada 2 perkara yang benar-benar menarik perhatian iaitu 

  • Menaakul 
  • Penilaian Berasaskan Sekolah
 

31 Disember 2010

Disember 31, 2010

Nurin Iman Ke Sekolah

Hari cuti peristiwa yang diberikan hari ini digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan persediaan Nurin Iman yang bakal ke darjah 1 pada sesi persekolahan yang bermula pada minggu hadapan.  

Sempat juga pergi ke pusat membeli belah berdekatan dengan kediaman kami untuk meninjau apa  lagi barangan yang perlukan. Oleh kerana kami telah mula membuat persediaan sejak bulan September yang lalu, jadi tidak banyak lagi kelengkapan persekolahan yang perlu dibeli kecuali kelengkapan alatulis dan kasut.





Tidak dapat dinafikan, walaupun anak yang hendak bersekolah begitu teruja untuk ke sekolah, ibu dan bapa juga tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi buat keluarga seperti kami yang pertama kali mempunyai anak yang bersekolah rendah! 

Cuma apa yang kami pelajari sepanjang membuat persediaan bagi Nurin Iman untuk ke sekolah ialah tidak perlu terburu-buru membeli kasut seawal yang mungkin kerana yang pastinya kanak-kanak  memang cepat membesar. Bayangkan kasut baharu yang dibeli sekitar bulan September tempohari hampir sempit walaupun ia pada mulanya dibeli besar! 


09 Oktober 2010

Oktober 09, 2010

Bersedia Awal..

Sekejap sahaja tahun 2010 telah memasuki suku ke 4. Ini bermakna kurang dari 3 bulan kita akan meninggalkan tahun 2010.  Tahun 2010 dinanti dengan penuh debaran buat keluarga kami.

Nurin Iman akan memasuki sistem persekolahan formal pada tahun hadapan. Sebagai keluarga kami tentunya seronok dan dalam masa yang sama juga risau bagaimana beliau akan memulakan hari pertamanya di sekolah kelak.

Persiapan serta persediaan kelengkapan untuk memulakan persekolahan sebenar juga perlu bermula sekarang. Kalau ditunggu sehingga saat terakhir nanti tentu akan membebankan kewangan. 

02 Julai 2009

Julai 02, 2009

Hari Terbuka Sekolah #1

Isnin lepas kami ke sekolah kerana menghadiri hari terbuka. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. 

Kami lega kerana mendengar komen-komen positif dan negatif dari guru kelasnya mengenai prestasi pembelajaran serta sikap anak kami. Kali ini kami mendapat maklum balas tentang anak kami dari perspektif yang berbeza. Kami terima dengan hati terbuka dan gembira! 

Agak mengejutkan apabila diberitahu bahawa Nurin Iman amat meminati matematik!  Manakala sikap negatifmya ialah kadang-kadang tidak boleh ditegur, yang mana kami sememangnya amat bersetuju dengan pandangan gurunya itu.

Masih ingat masa zaman Aku bersekolah dulu setiap kali hari terbuka sekolah, Abah tak pernah terlepas untuk menghadirinya. Dari dahulu memang Aku tiada masalah sangat dalam pelajaran dan memang bukan tergolong sebagai pelajar yang bermasalah.

26 Januari 2009

Januari 26, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 2

Akhirnya pada 5hb Januari 2009 Nurin Iman secara rasminya ke sekolah! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. She's so excited! Selepas Azza menghantarnya, tak perlu nak menunggu. 


Hari Pertama Nurin Iman Di Sekolah!
Hari Pertama Nurin Iman Di Sekolah!

Rasanya tiada budak-budak yang menangis masa hari pertama sesi persekolahan. Budak-budak sekarang sudah cukup berani! Dari mana datang keberaniannya? Aku pun tidak berapa pasti, mungkin juga sejak beberapa tahun yang lepas kami sekeluarga sentiasa menceritakan segala yang baik-baik sahaja tentang sekolah :D 

Sekolah ini pun baru sahaja di buka. Hanya ada 9 orang pelajar berserta dengan 2 orang guru! Bagus juga kalau tak ramai pelajar, guru-guru dapat menumpukan lebih perhatian pada pelajar. 
 

04 Januari 2009

Januari 04, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 1

Tahun 2009 ini Nurin Iman akan berusia 5 tahun. Memang dah sesuai untuknya bersekolah. Sebagai bapa, memang agak risau juga kerana tidak pasti tentang pilihan yang terbaik. Private? Kemas? atau Perpaduan?

Perancangan awal ialah hendak mendaftarkan dia ke sekolah tadika private yang berdekatan. Namun begitu, mungkin sudah rezeki kami agaknya, pada bulan November 2008 yang lepas kami telah diberikan borang pendaftaran ke tadika dari seorang jiran. Katanya ada sebuah sekolah tadika yang bakal dibuka berhampiran dengan rumah kami, atau dengan lebih tepat lagi di sebelah balai raya kawasan kejiranan kami. Alhamdulilah!

Dari sehari ke sehari kami memerhatikan balai raya tersebut, tidak nampak sebarang perubahan langsung! Katanya hendak dijadikan sebuah sekolah tadika. Kami pun sudah memberitahu Nurin Iman bahawa dia akan bersekolah di situ, tetapi bayang rupa sekolah pun masih tidak nampak lagi.


Nurin Iman Ke Sekolah!
Nurin Iman Ke Sekolah!



Tiba-tiba terfikir.. Kalau sekolah itu tidak dapat dibuka mengikut jadual, macam mana pula nanti? Sudah tentu yang paling kecewa ialah Nurin Iman. Memang risau juga memikirkannya sebab kami tiada alternatif yang lain! Namun begitu menjelang Disember 2008, baharulah kami terperasan bahawa bangunan bersebelahan balai raya itu sudahpun di “sketch” kan dengan mural. Rupa-rupanya sejak awal November lagi, Cikgu-cikgu dan pembantunya telah menyiapkan susun atur dalaman sekolah itu dahulu dan kemudian baru luarannya :D  

Akhirnya pada 1 Januari 2009 sekolah itu telah pun dibuka dan Nurin Iman telahpun di daftarkan secara rasminya ke sekolah tersebut. Sesi persekolahan bermula 5 hb nanti. Tidak sabar hendak mendengar cerita dari Nurin Iman mengenai hari pertamanya di sekolah.