Cerita Tentang [
Johor
]

Segamat Trip - Part 2

Sampai di Hutan Lipur Sungai Batang, Bekok dah agak lewat.. kira-kira jam 5:00 petang. Bila sampai di sana kebanyakkan pengunjung sudah mahu pulang! Maklumlah tadi pengantin lambat tiba tadi.. pukul 3:30 baru di kompang.



Apa-apa pun kami telah selamat sampai di sana, walaupun dalam perjalanan tadi hujan, Alhamdulillah apabila sampai di sana keadaan cuacanya cerah. Hilang rasa penat memandu bila melihat pemandangan yang indah dan tenang di situ.



Nurin mula-mula takut nak mandi.... bila dah masuk ke dalam air, dia dah tak mahu naik lagi.






Alia, Nurin & Cik Haris




Wahhh gembiranya mereka!!!




Kami di sana lebih kurang sejam.. Pukul 6 kami berkemas untuk meneruskan perjalan pulang ke rumah masing. 2 buah kereta menuju ke Kluang, sebuah ke Simpang Renggam dan 2 buah menghala ke JB. Dari Hutan Simpan Sungai Batang, Bekok ke JB mengambil masa kira 2 jam lagi.. Masih jauh lagi.


Pekan terhampir dengan hutan lipur tersebut ialah Pekan Chaah iaitu kira-kira 20km dan selepas itu Pekan Yong Peng. Singgah makan tomyam di Pekan Yong Peng dan kemudiannya mengambil keputusan untuk balik ke JB melalui Plus Highway menerusi Plaza Tol Yong Peng Selatan.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment