Sampai di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok dah agak lewat.. kira-kira jam 5:00 petang. Bila sampai di sana kebanyakkan pengunjung sudah mahu pulang! Maklumlah tadi pengantin lambat tiba tadi.. pukul 3:30 baru di kompang.
Apa-apa pun kami telah selamat sampai di sana, walaupun dalam perjalanan tadi hujan, Alhamdulillah apabila sampai di sana keadaan cuacanya cerah. Hilang rasa penat memandu bila melihat pemandangan yang indah dan tenang di situ.
Nurin mula-mula takut nak mandi.... bila dah masuk ke dalam air, dia dah tak mahu naik lagi.
Kami di sana lebih kurang sejam.. Pukul 6 kami berkemas untuk meneruskan perjalan pulang ke rumah masing. 2 buah kereta menuju ke Kluang, sebuah ke Simpang Renggam dan 2 buah menghala ke JB. Dari Hutan Simpan Sungai Bantang, Bekok ke JB mengambil masa kira 2 jam lagi.. Masih jauh lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan