Hari Terbuka Sekolah #1

Isnin lepas kami ke sekolah kerana menghadiri hari terbuka. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. 

Kami lega kerana mendengar komen-komen positif dan negatif dari guru kelasnya mengenai prestasi pembelajaran serta sikap anak kami. Kali ini kami mendapat maklum balas tentang anak kami dari perspektif yang berbeza. Kami terima dengan hati terbuka dan gembira! 

Agak mengejutkan apabila diberitahu bahawa Nurin Iman amat meminati matematik!  Manakala sikap negatifmya ialah kadang-kadang tidak boleh ditegur, yang mana kami sememangnya amat bersetuju dengan pandangan gurunya itu.

Masih ingat masa zaman Aku bersekolah dulu setiap kali hari terbuka sekolah, Abah tak pernah terlepas untuk menghadirinya. Dari dahulu memang Aku tiada masalah sangat dalam pelajaran dan memang bukan tergolong sebagai pelajar yang bermasalah.

Dan setiap kali selepas Guru kelas memberi komen dan penerangan mengenai prestasi pembelajaran, Abah akan berkata: " Nak sain kat mana Cikgu? " "Ni anak saya kalau dia degil rotan aje!" Rasanya dialong yang sama dari Aku darjah 1 sehingga Tingkatan 5!



2 comments:

  1. Tnx sebab re-follow aku. Berukar dari Blogger ke Wordpress, aku lost sumer followers. Huhu

    ReplyDelete
  2. :D Tau.. ada baca posting pasal migrate tu..

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™