Syawal 09 - Part 3

Kereta Abah yang rosak dan ditinggalkan di hadapan rumah makcik memang perlu dibaiki segera.  Pagi-pagi lagi Aku telah sampai ke bengkel untuk berjumpa dengan mekanik.  Setelah menerangkan keadaan kereta tersebut, berkemungkinan masalah yang dihadapi berkaitan dengan "Drive Shaft"!
Mekanik biasa yang membaiki kenderaan Aku itu tidak keberatan meninggalkan bengkelnya untuk dibawa melihat keadaan kereta Abah.  Setelah melihat dan melakukan beberapa ujian, memang sahlah bahawa "Drive Shaft" kereta tersebut telah "loose".   Abah pun seolah-olah tidak percaya pada mulanya kerana sebulan sebelum puasa beliau baru sahaja menukarnya.  Apa-apa pun mungkin sudah nasib, komponen yang digantinya itu rosak terus... sebelum diganti sebulan yang lalu, ianya masih boleh digunakan cuma agak bising apabila kenderaan itu bergerak. Hmm sebab itulah ianya ditukar!

Oleh kerana kereta itu tidak boleh bergerak langsung, ianya terpaksa ditunda ke bengkel.  Setelah sampai di bengkel, komponen yang rosak itu segera dibuka dan komponen baru dipesan.  Oleh kerana hari itu ialah Hari Jumaat dan sudah hampir tengahari, kami pun pulang ke rumah untuk bersiap ke masjid untuk Solat Jumaat.

Sebaik sahaja balik dari masjid, mekanik tersebut menelefon dan mengatakan bahawa kereta telah siap diperbaiki.  Kami segera ke bengkel untuk melihat kereta dan seterusnya menyelesaikan bayaran untuk kos menarik dan membaiki kereta Abah.  Nasib baik juga harganya tidak berapa mahal.  Kena juga RM305!  Diskaun RM5...

Setelah kereta itu sudah boleh bergerak,  kami meneruskan program berziarah ke rumah Pakcik di Taman Universiti yang tergedala semalamnya.  Aku pergi rumah Pakcik 2 kali :D  Malam semalamnya bersama-sama Pakcik-Pakcik yang lain dan sekali lagi bersama Abah..

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™