Floppy Disk

19 tahun yang lalu.. Masa itu Aku berada di tingkatan 4. Di sekolah Aku belajar Asas Pemprosesan Maklumat.  Mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran vokasional,  Kursus Pengurusan Perniagaan. Untuk menggunakan komputer IBM 286 di makmal komputer sekolah, kami memerlukan 2 unit Floppy Disk.  Unit pertama mengandungi "Sistem Pengeoperasian" iaitu MS-DOS dan unit kedua digunakan untuk menyimpan data atau lebih dikenali sebagai "Cakera Kerja".

Perkara pertama yang diajar oleh Cikgu ialah bagaimana untuk menyediakan Floppy Disk untuk dijadikan cakera kerja.  Oh ya.. bagaimana mana untuk mem "Format" Floppy Disk sebenarnya!  Pada zaman tersebut setiap Floppy Disk yang baru masih belum di "Format"!  Di  MS-DOS prompt:  A:\> Format A:


Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer!  Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!

Aku: Encik saya hendak membeli Floppy Disk bersaiz 3.5 inci.
Tuan Kedai:  Ada.. Satu unit RM7!  Siap Format!
Aku: Ooo.. Saya boleh Format sendiri.
Tuan Kedai: (Melihat Aku dari atas ke bawah) 
Tuan Kedai:  Kat depan ada PC.. Buat sendiri ye..
Aku: Ok..
Tuan Kedai:  Sebab Format sendiri Harga tolak RM1
Aku: (Senyum).. :D

Pada zaman tersebut  Floppy Disk (Double Desity) hanya mampu menyimpan data berkapasiti 720kb! Kini, Floppy Disk semakin dilupakan semenjak popularnya teknologi USB "Thumb Drive" yang boleh menyimpan berkali-kali ganda data berbanding Floppy Disk.  Sekarang ini semuanya mudah!  







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™