BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label USB Flash Drive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label USB Flash Drive. Papar semua catatan

15 November 2011

November 15, 2011

Kerana Terpikat Dengan Kecomelannya..

Inilah yang dinamakan malang tak berbau. USB Flash Drive (Thumb Drive) kesayangan telah rosak dan patah dibahagian hujungnya ketika sedang ditarik keluar dari USB port! Entah dimana silapnya atau mungkin sudah tiba ajalnya.

Terpaksalah mengeluarkan serpihannya sedikit demi sedikit kerana ditakuti akan merosakkan USB port. Setelah lebih kurang 5 minit berusaha, akhirnya kesemua serpihan tersebut dapat dikeluarkan. 

Sebaik sahaja kesemua serpihan USB Flash Drive itu berjaya dikeluarkan, terus menguji USB port dengan memasang mouse di port tersebut.  Alhamdulillah USB controller masih boleh mengenal mouse dan sah USB port boleh digunakan. Mujur juga USB port itu tidak rosak. Jika rosak tentu amat merugikan.



Kingston DT Mini Slim 4GB ini sememangnya sangat sensitif kerana ia cengkerangnya dibuat daripada plastik keseluruhannya tidak seperti USB Flash Drive bersaiz normal. Dalam berhati-hati mengunakannya ia tetap boleh rosak. 

01 Ogos 2010

Ogos 01, 2010

USB Flash Drive - Siri 3

Fungsi ReadyBoost diperkenalkan pada tahun 2006 dan sedia digunakan di dalam sistem pengoperasian Windows Vista. Pada versi ini ReadyBoost hanya boleh diaktifkan pada satu unit USB Flash Drive sahaja dan kapasiti maksimum untuk fungsi ini terhad kepada 4GB.

Namun dengan pengenalan Windows 7, segala kekangan ReadyBoost pada Windows Vista telah dihapuskan. Pengguna kini telah boleh menggunakan beberapa unit USB Flash Drive serentak untuk digunakan sebagai ReadyBoost bagi meningkatkan prestasi komputer dan mengoptimumkan kapisitinya. Seolah-olah menggunkan teknologi Cluster untuk fungsi ReadyBoost! (Lawak orang I.T)

Bagi yang masih menggunakan Windows XP, jangalah risau. Walaupun pihak Microsoft tidak melengkapkan fungsi ReadyBoost ke dalam Windows XP, terdapat beberapa buah syarikat yang membuat program seakan-akan ReadyBoost  untuk digunakan pada Windows XP.  Antara program yang popular ialah eBoostr. - http://www.eboostr.com/



eBoostr memang membantu pengguna Windows XP meningkatkan prestasi komputer mereka sama seperti fungsi ReadyBoost.  Versi terbaharu yang dikeluarkan ialah Versi 4.

29 Julai 2010

Julai 29, 2010

USB Flash Drive - Siri 2

Walaupun USB Flash Drive tidak berapa disukai oleh System Administrator, kegunaannya yang begitu mudah serta dapat menyimpan data dalam kapasiti yang  besar menyebabkan ia begitu disenangi sebagai media storan luaran yang popular. Faktor harganya yang rendah juga mendorong kepada peningkatan penggunaannya. 

Selain daripada digunakan sebagai media storan luaran, USB Flash Drive juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows Vista dan Windows 7.



Fungsi peningkatan prestasi di dalam sistem pengoperasian Windows dikenali sebagai ReadyBoost. Untuk mengaktifkan ReadyBoost amat mudah. Cuma pasang ThumbDrive diport USB dan sistem pengoperasian Windows akan memaparkan screen untuk pengguna membuat pilihan samada untuk mengunakan Flash Drive tersebut untuk tujuan storan atau peningkatan prestasi (ReadyBoost).


Apabila pemilihan sudah dibuat, pengguna dikehendaki menyatakan had kapasiti yang mahu digunakan sebagai ReadyBoost atau bersetuju dengan cadangan sistem pengoperasian Windows.

27 Julai 2010

Julai 27, 2010

USB Flash Drive - Siri 1

Di atas meja pejabat, ada 5 buah USB Flash Drive ataupun lebih dikenali sebagai ThumbDrive dan Pen Drive.  Apa nak dihairankan kerana ini merupakan pemandangan biasa dikebanyakkan pejabat sekarang. Maklumlah selepas berakhirnya era Floppy Disk, media storan ini adalah pengganti sempurnanya.



Walaupun USB Flash Drive ini amat berguna untuk menyimpan data, ia juga merupakan mimpi ngeri kepada kebanyakkan System Administrator.  Malah ada sesetengah syarikat telah mengharamkan penggunaannya atas tujuan keselamatan.

Disebabkan ia merupakan pengganti sempurna kepada Floppy Disk, maka ia juga mewarisi kelemahannya. USB Flash Drive merupakan antara punca utama kepada penyebaran Virus!

25 Disember 2009

Disember 25, 2009

Floppy Disk

19 tahun yang lalu.. Masa itu Aku berada di tingkatan 4. Di sekolah Aku belajar Asas Pemprosesan Maklumat.  Mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran vokasional,  Kursus Pengurusan Perniagaan. Untuk menggunakan komputer IBM 286 di makmal komputer sekolah, kami memerlukan 2 unit Floppy Disk.  Unit pertama mengandungi "Sistem Pengeoperasian" iaitu MS-DOS dan unit kedua digunakan untuk menyimpan data atau lebih dikenali sebagai "Cakera Kerja".

Perkara pertama yang diajar oleh Cikgu ialah bagaimana untuk menyediakan Floppy Disk untuk dijadikan cakera kerja.  Oh ya.. bagaimana mana untuk mem "Format" Floppy Disk sebenarnya!  Pada zaman tersebut setiap Floppy Disk yang baru masih belum di "Format"!  Di  MS-DOS prompt:  A:\> Format A:


Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer!  Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!