BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Januari 2010

Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana #1

Apa azam tahun baru anda?  Tentulah ada pelbagai jawapan. Walaupun ada pelbagai jawapan, perkara yang terpenting sebenarnya ialah adakah mampu untuk kita merealisasikan azam itu dalam masa setahun? 

Jawapannya ialah ya dan tidak!  Jika ia melibatkan perkara jangka pendek dan mudah tentunya ia boleh dicapai dan disempurnakan dan sebaliknya.

Kebanyakkan dari kita mungkin sudah terbiasa untuk berazam dalam bentuk " kehendak ". Contohnya seperti saya hendak membeli barang itu dan ini.  Hahah.. yang ini bukan azam.. ini " kehendak "! Azam jenis ini kerap dilakukan masa Aku berumur lingkungan 20an. Mungkin pada masa itu apa yang Aku fikirkan ialah " kehendak " dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk azam. Satu konsep yang salah!

Bila semakin matang, Aku dapati bahawa azam dan kehendak merupakan dua perkara yang berbeza. Berazam untuk mengubah hidup, menambah pendapatan, mendapat anak-anak yang soleh, pergi haji, mengurang dan melagsaikan hutang.. Semuanya merupakan rancangan jangka panjang.  Sebab itu bila ditanya sekarang apa azam tahun baru anda?  Jawapan klasik ialah, "Meneruskan azam tahun lepas yang masih belum terlaksana :D"

Apa azam tahun baru anda?  Mungkinkah sama seperti Aku? Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana? 

Selamat menyambut tahun 2010, semoga dimurahkan rezeki pada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan