Bekerja dibidang I.T akan menyebabkan kamu menjadi "I.T. Consultant" tidak rasmi setiap kali saudara mara dan sahabat handai serta rakan sepejabat yang hendak membeli Komputer Peribadi mahupun Laptop.
Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?
Dan yang paling 'horror" ialah apabila kamu bertindak sebagai penjual, "warranty" nya ialah sampai mati! Hahaha... Susah bukan menjadi penjual komputer kepada saudara mara dan rakan-rakan?
Soalan Paling Lazim Ketika Mereka Ingin Membeli Komputer:
Jenama Mana Yang Paling Bagus?
Soalan yang paling selalu ditanya ialah, jenama mana yang paling bagus? Sebenarnya itulah soalan yang paling Aku benci untuk menjawabnya kerana biasanya mereka-mereka ini sebenarnya sudah pun membuat sedikit "research" sebelum bertanya! Jadi mereka ini sebenarnya sudah pun mempunyai jenama yang diidamkan!
Jawapannya:
Untuk menjawab jenama mana yang paling bagus, terus akan Aku beritahu kepada mereka,
"Pililah dari mana-mana jenama yang terkenal yang kamu suka dan kemudiannya minta daripada penjual warranti tambahan sehingga 3 tahun"
Jawapan standard kepada mereka yang telah Aku programkan dikepala sejak 6 tahun yang lepas!
Kata kunci disini ialah: 1 tahun manufacturer warranty + 2 years extended warranty = 3 tahun warranty!
Kalau dalam spesifikasi tidak dinyatakan, sila minta dari penjual! Kalau boleh dimasukkan "3 Years Warranty" itu didalam harga Komputer Peribadi atau "Laptop" tersebut dan ianya dianggap satu pembelian yang baik dan berbaloi.