Cerita Tentang [
Umum
]

Jangan Tiru Aksi Ini

Sedang menonton perlawanan bolasepak diantara Germany vs Argentina, tiba-tiba Aku dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat dihadapan rumah. Aku dan Abah segera keluar. Kami terkejut kerana ada kereta termasuk ke dalam longkang! Eh! Sebelah tayarnya tergantung di atas longkang :D

Selang sebuah rumah ada majlis perkahwinan. Abah pun baru sahaja pulang dari majlis "rewang". Kereta ini pun dari rumah tersebut. Rasanya pemandu itu cuba untuk membuat pusingan. Jambatan dihadapan rumah Abah memang tempat popular untuk membuat pusingan keluar. Masa dia masuk ke jambatan itu memang tiada masalah tetapi bila beliau cuba untuk mengundurkannya tayar hadapannya terus masuk ke tepi dan tergantung diatas jambatan! (Rasanya pemandu tersebut terlupa untuk menegakkan semula atau pun terlebih memulas stereng keretanya)


Mujur juga masih ramai orang di rumah orang kahwin, senanglah untuk meminta bantuan menolak keluar kereta tersebut. Lagipun pemandunya seorang perempuan muda (kawan si pengantin) tentu ramai yang berminat untuk menolong kalau tidak diminta pun :D



Teringat dahulu, sebenarnya Aku pun pernah terkena..  betul-betul di tempat yang sama. Mujur jiran diatas terperasan dan datang membantu. Kena pula pada waktu siang, lagilah malu! Nak keluar dari rumah sendiri pun susah. Hai macam-macamlah!

Kemudian Aku mencadangkan Abah supaya membina tembok atau pun memasang pemantul cahaya, untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang lagi.

Hanya pemandu yang benar-benar cekap sahaja boleh mengeluarkan kereta secara mengundur untuk keluar dari rumah Abah.. haha


Baca blog ini melalui email :D Feed blog ini akan dikemaskini setiap hari (Jika terdapat entry terkini) sekitar jam 1:00 - 3:00 a.m. Sila masukkan email anda untuk melanggan:


Delivered by FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment