Jangan Tanya Soalan Ini! Sangat Sensitif.. OK!

Bila berjumpa rakan-rakan lama tentu ada sahaja maklumat terkini yang akan disampaikan dan dikemaskini berkaitan dengan rakan-rakan yang lain. Ada sahaja ceritanya.

Biasalah hidup memang tidak meriah tanpa sedikit gossip! Perlu ada sedikit perasa tambahan untuk memeriahkan suasana. Walau bagaimana pun terlebih perasa tambahan tentunya akan menimbulkan ketidakselesaan.


Dalam pada bercerita dan bertanya khabar, sebenarnya terdapat soalan-soalan yang perlu dielakkan. Terutamanya soalan-soalan berkaitan dengan status diri. Maklumlah tidak semua rakan-rakan serupa jalan cerita hidupnya. Maksudnya ada dikalangan rakan-rakan kita yang masih belum berkahwin dan ada yang sudah bertukar status daripada berkahwin ke duda ataupun janda!
Soalan-soalan yang yang menyakitkan hati seperti "Bila nak kahwin?" atau "Bila nak kahwin lagi?" atau yang lebih bodoh "Anak dah berapa sekarang?", sememangnya sangat sensitif! Soalan tersebut boleh membuatkan kawan-kawan tersebut "termati kata". Memang tiada salahnya bertanya soalan tersebut tetapi bila usia sudah masuk lewat 30 puluhan, soalan yang dianggap biasa itu sudah boleh bertukar menjadi tekanan!

Biasanya bila berjumpa rakan-rakan sebegini, Aku akan pastikan mereka selesa serta membiarkan mereka bercerita terlebih dahulu. Biar mereka memulakan dan mengawal perbualan. Lebih elok dan manis daripada kita yang bertanya. Memang bila sudah lama tidak berjumpa, tentu banyak yang hendak diceritakan. Biarkan setiap topik itu bertukar dengan lancar dan diselang selikan dengan peristiwa lucu serta kenangan lalu. Akhirnya adalah satu bonus kalau mereka yang bercerita tentang keadaan mereka yang sebenarnya.

Nak berjumpa rakan-rakan lama pun kena ada sedikit "research", jangan main terjah terus! :)


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |



Komen Melalui Facebook: