BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Ogos 2010

Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur #1

Agak sukar untuk mengejutkan anak yang mula belajar berpuasa untuk bangun bersahur. Memang diakui itu antara cabaran dalam mendidik anak untuk menjalani ibadat berpuasa.

Nurin Iman juga tidak terkecuali. Memang sukar untuk membangunkanya. Kalau sudah bangun pun, matanya tetap terpejam lagi. Sehinggakan sewaktu mengunyah makanan pun, matanya belum celik lagi.

Tetapi pagi ini dia bangun dengan penuh bersemangat! Tiada tanda-tanda mengantuk walaupun jam menunjukan pukul 5:00 pagi. Sebabnya Azza telah membisikan ke telinganya yang dia akan dapat makan aiskrim selepas makan nasi.

Kesimpulanya untuk memastikan anak-anak boleh bangun untuk bersahur, ibu bapa perlu menyediakan satu tarikan berupa makanan kegemaran yang paling sukar untuk anak-anak tolak contohnya seperti aiskrim! Rasanya setiap ibu bapa mesti tahu apa yang disukai oleh anak mereka. Jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Nampaknya dalam kes Nurin Iman, aiskrim sememangnya berupaya membuat dia bangun dengan cepat dan bersemangat!  Tips ini juga sesuai untuk dipraktikan bagi mengejut orang dewasa supaya bangun bersahur!

Bagi yang mengalami masalah untuk mengejutkan anak untuk bersahur boleh mencuba "Tips Untuk Membangunkan Anak Bersahur". Manalah tahu ia berkesan. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan