BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 September 2010

Hari Kelima Syawal

Hari kelima Syawal merupakan hari terakhir dalam program berziarah memandangkan esok sudah mula bekerja.

Kami memulakan hari dengan melawat Pak Long sekeluarga (abang kepada arwah emak) di sebuah penempatan Felda di jalan Kluang - Kota Tinggi dan diikuti dengan adik arwah emak di Bandar Kluang. Kemudian kami meneruskan aturcara ziarah ke Simpang Renggam untuk melawat Pakcik (adik abah). Merancang seterusnya untuk melawat seorang lagi Pakcik dan Nyaie Saudara, malangnya mereka tiada di rumah. Memang tiada rezeki kamilah nampaknya. Maka dengan itu kami menamatkan program ziarah di sekitar dearah Kluang dan Simpang Renggam dan mungkin akan kembali lagi jika berkesempatan.

Kemudian kami dihubungi oleh adik dan mempelawa kami menyertai rombongan mereka untuk ke rumah seorang lagi Makcik kami yang berada di Johor Bahru. Oleh yang demikian kami segera merangka perjalanan untuk pulang ke Johor Bahru dengan kadar segera untuk bertemu mereka di rumah Makcik. Sejurus tiba di sana, kami kemudiannya mengajak Makcik sekeluarga untuk menyertai kami untuk pergi ke rumah seorang lagi Pakcik. Nampaknya daripada memulakan perjalanan secara bersendirian pada awalnya, akhirnya sudah menjadi rombongan 6 buah kenderaan. Lagi ramai lebih meriah!

Kalau diikutkan hati memang mahu sahaja menghabiskan program ziarah ke rumah saudara mara pada hari ini tetapi oleh kerana kami sudah mula keluar sejak pagi tadi, memang sudah tidak terlarat lagi badan untuk meneruskan aktiviti tersebut terutamanya anak-anak. Sampai sahaja ke rumah yang ke 5 di Johor Bahru, kami terpaksa angkat bendera putih. Nampaknya hanya Abah dan Makcik sekeluarga yang akan meneruskan acara. Bagi kami pula, Insyallah akan disambung lagi pada hujung minggu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan