Cerita Tentang [
Keluarga
]

Nyaie Dan Atuk

Nyaie - Panggilan kami sekeluarga untuk sebelah Abah.
Atuk - Panggilan kami sekeluarga untuk nenek sebelah arwah Emak.

Selain daripada untuk mengelakkan kekeliruan, ada logiknya mengapa nenek sebelah emak  kami tidak memanggilnya Nyaie. Sejak kami lahir kami memang tidak pernah berjumpa dengan arwah Datuk. Beliau meninggal dunia lama sebelum kami dilahirkan. Jadi itulah Datuk dan Nenek kami walaupun dia sepatutnya kami panggil Nyaie. Atuk nerangkumi kedua-duanya.

Jadi bila kami katakan Atuk, automatik ia semestinya merujuk kepada Nyaie (nenek) di sebelah Arwah Emak manakala bila kami katakan Nyaie, secara automatiknya ia semestinya merujuk kepada Nyaie (nenek) di sebelah Abah.

Alhamdulillah kedua-duanya masih sihat walaupun usia mereka telah pun menjangkau usia pertengahan 70an.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment