Cerita Tentang [
Komik
]

Bercuti Itu Recharge

Bila sudah habis bercuti dan kembali semula ke tempat kerja, seperti macam ada yang tidak kena.  Maklumlah bila mula bercuti tempohari, otak akan secara automatik melupakan perihal kerja dan memberi tumpuan pada aktiviti yang dirancang. 



Yang pastinya untuk memulihkan kembali mood,"timing" serta kebiasaan menjadi satu cabaran. Untuk mengembalikan rutin normal sebelum bercuti mungkin mengambil masa beberapa hari.  

Namun kebaikan bercuti tidak dapat dinafikan. Bercuti sebenarnya mampu memulihakan semangat, meningkatkan motivasi, merehatkan badan serta minda dan memberi ketenangan. Bercuti umpama mengecas semula bateri :)  Namun begitu, terlalu lama sangat bercuti pun tidak baik.

Kembali semula ke alam realiti pekerjaan dengan semangat yang baru tentunya amat diperlukan untuk mengharungi cabaran dan segala masalah berkaitan dengannya.

Bila otak sudah tepu dan tekanan meningkat, ambil cuti dan "Recharge"!







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment