Cerita Tentang [
Gadget
]

iPad Sudah Boleh Didapati Secara Rasminya Di Malaysia

Mulai hari ini iPad secara rasminya sudah boleh dibeli oleh pengguna di Malaysia. Bagi yang berada di luar Kuala Lumpur atau yang tidak suka bersesak-sesak mendaptkanya di MidValley, bolehlah menggunakan perkhidmatan belian secara dalam talian di halaman web Apple Store Malaysia.



Berikut adalah variasi model yang ditawarkan oleh Apple Store Malaysia. Terdapat 2 variasi model iaitu iPad beserta  WiFi  dan iPad berserta WiFi + 3G.  Kesemuanya varian mempunyai 3 saiz kapasiti iaitu 16GB, 32GB  dan 64GB




Harga terendah yang ditawarkan oleh Apple Malaysia ialah iPad dengan WiFi berkapasiti 16GB pada harga RM1549 dan harga tertinggi adalah bagi varian iPad beserta WiFi + 3G berkapasiti 64GB pada harga RM2599.



Bagi yang membeli secara dalam talian, anda juga akan mendapat perkhidmatan secara percuma "Personal Engraving" pada iPad masing-masing untuk menjadikan ia lebih unik dan lebih personal.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment