BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Januari 2011

Dulu 3M Sekarang 4M

Aktiviti pertama pada tahun 2011 yang dilakukan ialah melengakpkan proses pendaftaran dan menghadiri taklimat di sekolah kerana anak sulung kami secara rasminya ke darjah satu pada tahun ini. 

Tahun ini pelajar tahun 1 adalah kumpulan pertama yang mengikuti modul baharu kurikulum yang dikenali sebagai KSSR bagi  menggantikan KBSR. KSSR  ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang lebih memberi penekanan terhadap 4M  iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah - KSSR


Ada banyak yang dibertitahu ketika menghadiri taklimat di sekolah pagi tadi tetapi ada 2 perkara yang benar-benar menarik perhatian iaitu 

  • Menaakul 
  • Penilaian Berasaskan Sekolah
 

Apa itu menaakul?  


Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar  itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Bagus juga bila pelajar diberikan ruang serta galakan untuk mengasah kemahiran tersebut. Tentunya akan membolehkan mereka membezakan antara yang positif dan negatif.

Penilaian Berasaskan Sekolah


Yang pastinya telah banyak yang berlaku didalam sistem pendidikan peringkat rendah di negara ini. Kalau dahulu penilaian pelajar adalah 100 % berdasarkan peperiksaan, kini dengan modul baharu KSSR serta Penilaian Berasaskan Sekolah bakal merubah persepsi masyarakat terhadap peperiksaan UPSR.  

Berdasarkan apa yang difahami ketika taklimat, UPSR  akan mengamdungi 2 komponen iaitu Penilaian Berasaskan Sekolah dan Peperiksaan.  Penilaian Berasaskan Sekolah mewakili 40% dan Peperiksaan adalah sebanyak 60%. Sistem ini hampir sama dengan penilaian yang diguna di institut pengajian tinggi.

Dengan adanya sistem penilaian yang bukan 100% beradasarkan peperiksaan akan dapat memberi penilaian yang adil kerana segala aktiviti di sekolah, kecemerlangan sukan dan sebagainya akan diambil kira dalam menentukan keputusan UPSR.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

1 ulasan: