BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Januari 2011

MacBook Pro Mengembalikan Semangat

Semalam seorang kawan lama menelefon. Katanya "MacBook Pro" miliknya mengalamai sedikit masalah. Pemacu cakera keras sudah hampir kehabisan ruang! Kemudian, Aku katakan padanya supaya singgah sebentar di pejabat. Nanti kita sama-sama lihat apa yang menyebabkannya hampir meyebabkan ia hampir penuh.



Selepas makan tengahari, kawan tersebut pun sampai di pejabat bersama "MacBook Pro" nya.  Memang dikala sedang tercari-cari "mood" untuk memulakan tahun baru dengan lebih bersemangat, MacBook Pro ini hadir tepat pada waktunya! 

Oleh kerana MacBook Pro ini digunakan sepenuhnya untuk "Photo Editing", suspek utama tentunya fail-fail foto yang berformat "raw" dan "jpeg" lama yang belum dibuang sepenuhnya selepas kerja-kerja "editing" disiapkan.  Ternyata memang benar, terdapat hampir 10,000 fail yang berformat sedemikian dalam pemacu cakera kerasnya yang tidak perlu ada dalam MacBook Pro tersebut!  



Alhamdulillah, selepas dibuang fail-fail foto lama, hampir separuh daripada ruang di pemacu cakera keras dapat dijimatkan.  Lepas ini, tuannya kenalah rajin sedikit untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan. Sebesar mana pun kapasiti pemacu cakera keras, kalau tidak dibersih dan diselenggara, tentunya akan penuh juga. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kerja-kerja "Desktop Publishing" dan "Photo Editing".

MacBook Pro ini memang menjadi idaman sejak dahulu lagi.. Kehadirannya walaupun sebentar memang menyeronokan dan mengembalikan semangat.  Entah bila dapat memilikinya secara rasmi.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan