BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 Januari 2011

Proses Mengadaptasi Rutin Terkini

Alhamdulillah, hal berkaitan anak ke sekolah sudah diselesaikan tetapi "mood" untuk bekerja belum pulih sejak masuk ke pejabat buat pertama kalinya untuk tahun 2011 semalam.



Sepatutnya bila sudah masuk tahun 2011,  secara automatik minda akan memberikan semangat yang terbaik untuk memulakan kerja. Namun tahun ini nyata berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Mungkin minda sedang mengadaptasi rutin terkini sejak anak mula bersekolah iaitu tidur awal dan bangun lebih awal dari tahun-tahun yang sebelumnya..

Insyallah dalam masa seminggu ini semuanya akan kembali pulih seperti biasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan