BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Februari 2011

Festival Layang-Layang Mini Di Hutan Bandar MPJBT

Hujung minggu kami dimanfaatkan untuk pergi ke Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.  Untuk tahun 2011, inilah kali pertama kami ke sini.  Nampaknya  kerja-kerja pembinaan serta pengindahan kawasan riadah telah pun hampir siap sepenuhnya.





Demam layang-layang masih melanda Johor Bahru. Maklumlah Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang 2011 baru sahaja berlangsung tempohari.  Sayangnya kami tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri kerana pada minggu tersebut Nurin Iman ada persekolahan ganti pada hari Sabtu manakala kelas kokurikulum diganti  pada hari Ahad.

Namun begitu keadaan di Hutan Bandar MPJBT  ini  pun sudah seperti  Festival Layang-Layang Mini. Di mana sahaja terdapatnya kawasan lapang di kawasan rekreasi ini,  ada sahaja orang yang bermain layang-layang! Memang meriah ruang udara dengan layang-layang serta ragam pemainnya. :)





Jadi tidaklah terlalu kecewa sangat  walaupun tidak dapat menghadiri Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang!   Di sini pun tidak kurang hebatnya. Sekurang-kurangnya terubat juga hati.  

Insyallah kami akan cuba menghadirkan diri pada Festival yang akan datang, jika keadaan mengizinkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan