Misteri Akhirnya Terjawab!

Misteri poskad dari Jabatan Perubatan Transfusi  HSAJB akhirnya terjawab. Sebenarnya  terdapat kesilapan tarikh yang tidak disengajakan pada poskad tersebut!

Berdasarkan maklum balas dari pihak Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB, tarikh sebenar Kempen Menderma Darah adalah pada 3,4,5 dan 6 Februari 2011 bertempat di Plaza Angsana (Level 2).


Ini adalah respon kepada artikel Eh Ada Poskad Lah! yang ditulis pada 28 Januri 2011.  Memang sebaik sahaja artikel ini ditulis, pautan artikel ini terus dilampirkan ke email rasmi pihak JPT HSAJB.


Saya mewakilil Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB ingin membuat pembetulan, terdapat ralat pada tarikh yang tercatat di dalam poskad berkenaan. Tarikh sebenar ialah 3,4,5 & 6 Februari 2011 bagi menampung keperluan darah sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina. Kerjasama anda semua untuk turut sama menghulurkan bantuan amat dialu-alukan.


Terima kasih di atas maklumat yang diberikan dan pihak kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Cadangan untuk menggunakan kaedah lain masih dalam perhatian kerana di dalam perkhidmatan kerajaan, kaedah facebook dan twitter telah di"block" penggunaannya. Pihak kam sentiasa berusaha meningkatkan promosi dan kerjasama anda semua amat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami. ;)


Memandangkan perkhidmatan Twitter dan Facebook yang tidak dapat digunakan berikutan terdapatnya kekangan di jabatan kerajaan.  Sebagai alternatif  adalah pihak JPT HSAJB boleh menggunakan perkhidamtan Feedburner untuk membolehkan orang ramai melanggan untuk  mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti serta kempen yang bakal diadakan.  Pautan serta link langganan RSS melalui perkhidmatan Feedburner boleh diletakkan di halaman web rasmi HSAJB.

Bagi warga Johor Bahru yang ingin menyertai kempen menderma darah, bolelah berkunjung ke Plaza Angsana pada 3,4,5 dan 6 Februari 2011. Seperti yang diberitahu, kempen ini dadakan untuk menampung keperluan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina.









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™