Misteri poskad dari Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB akhirnya terjawab. Sebenarnya terdapat kesilapan tarikh yang tidak disengajakan pada poskad tersebut!
Berdasarkan maklum balas dari pihak Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB, tarikh sebenar Kempen Menderma Darah adalah pada 3,4,5 dan 6 Februari 2011 bertempat di Plaza Angsana (Level 2).
Berdasarkan maklum balas dari pihak Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB, tarikh sebenar Kempen Menderma Darah adalah pada 3,4,5 dan 6 Februari 2011 bertempat di Plaza Angsana (Level 2).
Ini adalah respon kepada artikel Eh Ada Poskad Lah! yang ditulis pada 28 Januri 2011. Memang sebaik sahaja artikel ini ditulis, pautan artikel ini terus dilampirkan ke email rasmi pihak JPT HSAJB.
Saya mewakilil Jabatan Perubatan Transfusi HSAJB ingin membuat pembetulan, terdapat ralat pada tarikh yang tercatat di dalam poskad berkenaan. Tarikh sebenar ialah 3,4,5 & 6 Februari 2011 bagi menampung keperluan darah sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina. Kerjasama anda semua untuk turut sama menghulurkan bantuan amat dialu-alukan.
Terima kasih di atas maklumat yang diberikan dan pihak kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Cadangan untuk menggunakan kaedah lain masih dalam perhatian kerana di dalam perkhidmatan kerajaan, kaedah facebook dan twitter telah di"block" penggunaannya. Pihak kam sentiasa berusaha meningkatkan promosi dan kerjasama anda semua amat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan