Rugi Bila Bercuti Panjang Tetapi Sakit

Bila bercuti panjang dan tidak dapat menikmati sepenuhnya hari cuti tersebut adalah merupakan satu kerugian yang amat besar. 

Memang benar, cuti Perayaan Tahun Baru Cina ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya kerana Aku telah diserang penyakit selsema.  Bila badan sudah tidak sihat, ada agenda besar yang tidak dapat dilaksanakan antaranya ialah menderma darah.  Rancangan awal adalah untuk menderma darah sebelum balik ke kampung. Terpaksalah membuat sedikit perubahan.






Sejak awal minggu lagi sudah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, tetapi tidak sangka pula sebaik cuti bermula terus diserang selsema. Apa pun dalam pada diserang selsema, masih boleh memandu untuk balik ke kampung.

Sebaik sahaja tiba di kampung, tidak banyak yang dapat dilakukan kerana selsema memang menggangu keselesaan. Hendak berblog pun tentunya tidak berapa bersemangat kerana selsema serta ditambah lagi dengan kelajuan internet cuma sekadar EDGE.


Mujur anak-anak sudah ada rancangan mereka sendiri sebaik sahaja berada di kampung. Anak-anak cukup gembira bila dapat bermain bersama sepupu, pakcik dan makcik serta dibawa berjalan-jalan sekitar kampung oleh Atuk mereka.

Bila diserang penyakit walaupun sekadar selsema, pastinya membuatkan kita lebih menghargai kesihatan diri.


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™