Cerita Tentang [
Jaguh
]

Modenas Jaguh 175 - Tayar Belakang Baharu!

Balik dari pejabat semalam, terus menuju ke bengkel. Terlanjur ada masa, elok dimanfaatkan untuk memastikan pengangkutan utama ke tempat kerja diselenggara dengan baik.  Kalau hal-hal sedemikian dapat dipastikan dalam keadaan yang elok, hati pun senang setiap kali menunggang ke tempat kerja.



Kali ini Jaguh memerlukan tayar yang baharu. Tayar yang lama sudah sampai masa untuk digantikan.  Alang-alang menukar tayar belakang, baik juga menggunakan peluang tersebut untuk menggantikan kesemua komponen yang berkaitan dengannya seperti  "brake lining" dan set rantai beserta "sprocket". Senang untuk mekanik juga. Sekali jalan. 



Oleh kerana sejak kebelakang ini harga getah telah meningkat, ia secara langsungnya mempengaruhi harga tayar. Untuk tayar Jaguh, harga sekarang bermula dari RM135 sehingga RM200.  Kalau 2 tahun dahulu, harganya dalam lingkungan RM100 sehingga RM150. Memang terasa peningkatannya. Tetapi apa boleh buat, itu merupakan faktor yang berada diluar kawalan. Lagipun yang untung sekarang ialah  peneroka  Felda serta pekebun getah. Mereka mendapat manfaat langsung daripada peningkatan harga komoditi getah. Alhamdulillah.


Tayar kalau diselenggara dengan baik boleh bertahan sekitar 2 tahun. Apa pun ia bergantung juga pada penggunaan, kalau dalam konteks penggunaan sekarang iaitu setakat pergi dan balik ke tempat kerja untuk perjalanan sekitar 25km sehari memang sah boleh bertahan sehingga 2 tahun.





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

2 comments

  1. Salam..
    Sebenarnya tayar kenderaan seperti kereta, motorsikal, lori dan bas bukan dibuat dari latek atau susu getah tapi dibuat daripada crude oil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Terima kasih kerana memberi kefahaman serta memperbetulkan fakta. Input anada amat dihargai. Terima kasih juga kerana singgah

      Delete