BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Mei 2011

Realiti Kehidupan #2 - Belajar Dari Pengalaman Orang Tua!

Nampaknya harga gula naik lagi sebanyk 20 sen. Selepas ini kesan rantaian daripada kenaikan itu tentunya akan ada. 

Yang pastinya bagi yang oportunis tentu sahaja melihat perkara sebegini sebagai satu cara untuk meningkatkan keuntungan.

Bila disebut tentang kenaikan harga tentunya tidak ramai yang suka. Namun begitu itulah realiti kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan harga, tiada yang akan kekal statik.  

Kadang-kadang dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini, kita perlu melihat bagaimana mereka yang lebih tua daripada kita menghadapinya. Mereka lebih banyak merasa kenaikan harga berbanding kita. Contoh terdekat ialah ibu bapa kita sendiri. 

Bagaimana mereka menguruskan ekonomi keluarga daripada kita kecil sehinggalah kesemua anak-anak mampu berdikari.  Tentu ada sesuatu yang boleh dipelajari..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan