Seperti biasa apabila makan tengahari bersama rakan-rakan tentu akan ada sesi borak-borak kosong dan kadang kala menjadi sesi menjana idea secara tidak rasmi. Kali ini kami cuba menjana Idea Perniagaan Luar Biasa.
Dalam pada berborak-borak kosong itu, timbul cerita untuk berniaga. Macam-macam idea diberikan oleh rakan-rakan. Dalam banyak-banyak idea, ada satu yang paling mencuit hati.
Perniagaan yang dicadangkan ini hanya perlukan modal yang paling minimum, tiada risiko dan hanya memerlukan sifat humor serta bersahaja. Yang paling penting ia bukan berunsur Multi Level Marketing (MLM).
Perniagaan yang dicadangkan ini hanya perlukan modal yang paling minimum, tiada risiko dan hanya memerlukan sifat humor serta bersahaja. Yang paling penting ia bukan berunsur Multi Level Marketing (MLM).
Untuk memulakan perniagaan ini, hanya perlu menyediakan sebuah meja dan 2 buah kerusi. Perniagaan ini boleh dijalankan di pasar-pasar malam atau bazar. Bila sudah sampai masa untuk berniaga, letakkan meja tersebut dan duduk sambil menunggu pelanggan.. Bila ada bakal pelanggan yang bertanya apakah barangan yang dijual.. Peniaga perlu selamba menjawab:
Oh! Saya menjual pantun.. Oleh kerana tuan sudah bertanya, kena belilah pantun ini :) Satu pantun RM5 :)
Menarik tak idea perniagaan ini? Konsep sebegini belum lagi ada lagi di Malaysia. Ada yang berani untuk cuba mengkomersialkannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan