BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

06 Jun 2011

Realiti Kehidupan #4 - Bila Sudah Senang Pun Susah Juga!

Hari Sabtu yang lepas kami pulang ke kampung. Maklumlah sejak anak mula bersekolah agak sukar untuk balik ke kampung disebabkan sehingga ke hujung minggu masih ada aktiviti kokurikulum dan persekolahan ganti. 

Banyak cerita mengenai kampung halaman yang telah pun ketinggalan. Jadi peluang ini juga digunakan untuk mengemaskini cerita terbaharu mengenai kampung.

Dahulu kehidupan di kampuang amat susah terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang agak ramai. Boleh dikatakan semuanya bercatu.  Memang tidak boleh bermewah-mewah.

Kini segalanya sudah berubah. Anak-anak sudah besar dan bekerja. Inilah masa ibu bapa menikmati kesenangan. Kebanyakan daripada mereka kini sudah pun memiliki kemampuan. Makan tentunya yang sedap-sedap setiap hari :D

Tetapi realitinya, memetik kata-kata Abah:

"Kalau dahulu nak makan ayam susah sebab kehidupan agak susah. Sekarang bila sudah senang pun susah juga untuk makan ayam.. sebab gigi pula sudah tiada."

Hmm.. Sudah senang pun tidak senang juga rupa-rupanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan