Now Reading [
Sekolah
] News

Hari Terbuka Sekolah #2

Hari terbuka sekolah telah pun diadakan pada minggu lepas bagi sekolah agama manakala pada hari ini  (Jumaat) untuk sekolah kebangsaan. Seperti kebanyakkan ibu bapa yang lain, di hari tersebut kami diberitahu mengenai prestasi pelajaran, personaliti serta masalah-masalah lain yang dihadapi ketika menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Kami agak teruja untuk menghadirinya. Perasaan yang lebih kurang sama seperti pertama kali menghadiri hari terbuka sekolah ketika Nurin Iman bersekolah tadika dahulu. Cuma kali ini perasaan tersebut lebih mendalam (intense). Maklumlah kini Nurin Iman telah berada dalam sistem persekolahan formal.  Dengan pengenalan KSSR di sekolah kebangsaan, semua aspek perlu diberi perhatian serius.

Mendapat maklum balas daripada perspektif  yang berbeza daripada guru-gurunya  tentunya amat membantu dalam kami mengenali sikap dan personaliti sebenar anak kami. Tentunya ada yang positif dan ada juga yang negatif.  Apa pun kami terima dengan hati yang terbuka.  

Kami faham dengan adanya maklum balas daripada guru-guru secara tidak langsung akan membantu kami untuk memantapkan lagi personaliti dan potensi anak kami. Selain itu maklumat yang diperolehi daripada guru-guru juga amat membantu kami dalam merangka rancangan pembelajarannya.
 

Memang diakui, keutamaan kami adalah kecemerlangan dalam pelajaran. Cuma apa yang merisaukan kami adalah bagaimana untuk menentukan sempadan kecemerlangan yang dititikberatkan itu agar tidak menjadi satu beban buat Nurin Iman. 

Perjalanan hidup anak ini masih lagi jauh.. Semoga segala usaha kami dipermudahkan Allah. Amin.











Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment