BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 November 2011

Kerana Terpikat Dengan Kecomelannya..

Inilah yang dinamakan malang tak berbau. USB Flash Drive (Thumb Drive) kesayangan telah rosak dan patah dibahagian hujungnya ketika sedang ditarik keluar dari USB port! Entah dimana silapnya atau mungkin sudah tiba ajalnya.

Terpaksalah mengeluarkan serpihannya sedikit demi sedikit kerana ditakuti akan merosakkan USB port. Setelah lebih kurang 5 minit berusaha, akhirnya kesemua serpihan tersebut dapat dikeluarkan. 

Sebaik sahaja kesemua serpihan USB Flash Drive itu berjaya dikeluarkan, terus menguji USB port dengan memasang mouse di port tersebut.  Alhamdulillah USB controller masih boleh mengenal mouse dan sah USB port boleh digunakan. Mujur juga USB port itu tidak rosak. Jika rosak tentu amat merugikan.



Kingston DT Mini Slim 4GB ini sememangnya sangat sensitif kerana ia cengkerangnya dibuat daripada plastik keseluruhannya tidak seperti USB Flash Drive bersaiz normal. Dalam berhati-hati mengunakannya ia tetap boleh rosak. 

Yang pastinya ini adalah kecacatan rekabentuk serta material. Saya adalah antara yang terpedaya membelinya kerana terpikat dengan kecomelannya

Kalaulah cengkerangnya diperbuat daripada logam, tentu kejadian sebegini tidak boleh berlaku. Bagi yang masih memiliki dan menggunakan Kingston DT Mini Slim, berhati-hatilah. Jika silap percaturan atau kurang cermat perkara sebegini boleh berlaku.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan