Cerita Tentang [
Johor Bahru
]

Aktiviti Malam Di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Pada hujung minggu yang lepas kami ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Memandangkan cuaca yang agak tidak menentu dan tidak mengizinkan disebelah siang, kami akhirnya ke sana pada malamnya.

Kami tiba di sana sekitar jam 10:45 malam. Disebabkan esok adalah hari bekerja, tidak ramai yang berkunjung di kawasan sekitar dataran. Jadi mudahlah untuk anak-anak bermain "kick scooter" tanpa gangguan.

Sebenarnya sudah lama anak-anak ingin bermain "kick scooter" keluar dari kawasan tempat tinggal kami. Namun hajat mereka tidak dapat ditunaikan sebelum ini disebabkan faktor keselamatan. Maklumlah sebelum ini si adik masih belum berapa cekap mengendalikannya.


Setelah lebih kurang sejam lebih di sana, kelihatan pengunjung di Medan Steamboat Luton Van bersebelahan Dataran Bandaraya telah mulai beransur-ansur berkurangan. Kalau diikutkan anak-anak, belum tentu mereka mahu pulang ke rumah kerana belum puas bermain "kick scooter".



Apabila melihat jam besar di dataran telah menunjukkan jam 12:00 tengah malam, mahu atau tidak terpaksa juga dengan berat hati mengarahkan mereka bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Namun begitu kami percaya mereka sangat gembira kerana hajat mereka untuk membawa "kick scooter" keluar dari rumah telah pun tertunai,













Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment