BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Januari 2012

Bila Hujan Tak Perlu Bayar Tol!

Sejak seminggu yang lepas, sudah kerap kali hujan turun lebih kurang jam 2 petang. Keadaan akan jadi kelam kabut sedikit di sesuatu majlis perkahwinan kerana pada waktu itu adalah waktu ketibaan biasa bagi pengantin ke majlis perkahwinan

Cerita yang sama ketika kami tiba di sebuah majlis perkahwinan di Simpang Renggam semalam. Ketika rombongan pengantin lelaki sampai ke majlis tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kecuali ada sedikit kesesakan di kawasan meja makan menyebabkan tetamu yang hadir sukar untuk mendapat meja kosong.




Maklumlah hujan, semua orang cuba mendapatkan tempat untuk berteduh. Kawasan untuk berteduh yang ada pula hanyalah di khemah tempat tetamu makan.  Jadi keadaan agak sedikit sesak di situ.

Tetapi ada pihak yang tentunya mengharapkan hujan ketika itu. Maklumlah adat di Johor ini agak unik sedikit. Rombongan pegantin lelaki akan ditahan di pelbagai tempat sebelum dibenarkan untuk duduk bersanding di pelamin.

Untuk melepasi semua halangan, pihak pengapit pengantin lelaki perlu memberikan sedikit saguhati kepada kumpulan atau individu yang membuat halangan. Mereka ini biasanya terdiri daripada sanak saudara sebelah pengantin perempuan. Senang cerita Orang Johor memanggil adat ini sebagai Tol! Mahu lalu kena bayar! 

Oleh kerana sebaik sahaja pengantin lelaki tiba hujan telah turun dengan lebatnya, makan tidak sempatlah halangan sebegitu dibuat. Malah pengantin lelaki diberikan akses laluan ekspress untuk terus ke pelamin persandingan.

Memang benar jika hujun turun ketika pengantin lelaki tiba, tentunya pengantin lelakilah yang paling beruntung sebab tak perlu bayar Tol. Alhamdulillah, Jimat-jimat! Jadi memang benarlah hujan ini hujan rahmat!  Dalam konteks ini, pengantin lelaki tentunya yang paling mendapat manfaat daripadanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan