BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 Januari 2012

Swiss Army Knife Alam Digital

Victorinox, pengeluar peralatan ikhtiar hidup terkenal dari Switzerland atau sebenarnya lebih dikenali melalui produk ikoniknya iaitu Swiss Army Knife telah pun memperkenalkan peranti Solid State Drive (SSD) terkecil berkapasiti tinggi.


Peranti hebat ini diperkenalkan pada Consumer Electronics Show (CES) yang berlangsung di Las Vegas tempohari merupakan peranti yang cukup lasak, mampu bertahan pada sebarang keadaan cuaca serta sesuai untuk kegunaan harian.

Victorinox SSD ini terdapat dalam pelbagai kapasiti bermula dengan 64GB, 128GB, 256GB dan kapasiti terbesarnya ialah 1TB. Menurut Victorinox lagi, peranti SSD tersebut turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang mampu melindungi data yang disimpan didalamnya.

Setiap unit Victorinox SSD didatangkan dengan 2 unit "Interchangeable Body" iaitu satu unit mesra penerbangan dan satu unit Swiss Army Knife klasik yang mengandungi pisau, gunting, pengasah kuku serta pemutar skru.

Mahu jadi seperi MacGyver alaf digital, gadget ini harus dimiliki!

Namun begitu dengan pengenalan peranti penyimpanan data sebegini sebenarnya telah mendedahkan banyak syarikat korperat serta organisasi kepada kecurian maklumat jika disalahgunakan.

Kini, syarikat serta organisasi perlu lebih berhati-hati dan mengetatkan lagi polisi serta sistem untuk melindungi data koperat mereka. 

Peranti sekecil ini sememangnya mampu mencetuskan pelbagai masalah kerana boleh digunakan sebagai agen untuk menyeludup keluar maklumat sensitif.



Sumber - TechWeek Europe











Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan