Bertukar Kepada MPV? |
Selepas 4 atau 5 tahun kebanyakkan dari mereka ini kembali menggunakan kereta. "Kurang powerlah" kata mereka ringkas.
Bila Saya membuat sedikit penelitian dan tinjauan. Saya dapati pilihan untuk menggunakan MPV sebenarnya memang kurang sesuai untuk lelaki yang berumur 40 tahun kebawah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih mengekalkan gaya pemanduan agresif. Segala-galanya menjadi serba tidak kena pada mereka sebaik sahaja bertukar kepada MPV. Semuanya perlu diselaraskan semula, terutamanya dari segi gaya pemanduan dan personaliti.
Bila penyelarasan gagal dibuat, mereka tentunya menyesal dan merasa tidak puas dengan keputusan yang dibuat, lalu mengambil keputusan untuk kembali menggunakan kereta!
Menurut seorang kawan, apabila seseorang itu sudah memilih MPV, mereka sebenarnya telah mula mahu berubah dari agresif kepada yang lebih tenang. Seolah-olah inilah masa yang sesuai untuk settle down.
Tetapi menurut seorang kawan yang lain, apabila seseorang itu kembali menggunakan kereta tentunya ada yang tidak kena. Err.. Tips bagi perempuan single. Jangan cuba dekat dengan lelaki yang memandu MPV. Mereka tentunya suami orang! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan