Now Reading [
Komen
] News

2 Sistem Pengurusan Komen Dalam Satu Blog!

Setelah mendalami fungsi aplikasi PunchTab, saya dapati bahawa sistem pengurusan komen yang digunakan diblog ini iaitu IntenseDebate tidak disokong oleh aplikasi PunchTab.

Memang agak malang setelah agak lama menggunakan sistem pengururusan komen ini diblog, baru tahu akan masalah ini. Tetapi tidak mengapalah. Saya anggap ini sebagai satu cabaran dalam berblog. Lagipun setiap halangan tentu menjadikan kita lebih kreatif.


Bagi menyelesaikan masalah ini, akhirnya saya menambah sistem komen daripada Facebook untuk diintegrasikan didalam blog.

Kerja-kerja awal mengujinya coding yang telah diubahsuai sudah pun dilakukan dan saya dapati tiada masalah untuk mempunyai 2 sistem komen dalam satu blog. Cuma nampak sedikit pelik. Namun begitu ia sebenarnya memberikan pilihan kepada pengunjung.

Insyallah ia akan diuji sepenuhnya pada hujung minggu ini. Untuk itu, saya perlukan sukarelawan untuk meninggalkan komen diblog ini menggunakan sistem pengurusan komen Facebook. :D








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment