BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Mac 2012

Standard Chartered Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 20 April 2012

Pengumuman oleh Standard Chartered Bank mengenai kenaikan kadar faedah serta caj kewangan kad kredit umpama melawan arus!

Disaat bank-bank asing seperti Citibank dan HSBC menawarkan kadar yang lebih menarik kepada pengguna, bank ini mengambil pendekatan sebaliknya.

Baru hendak memuji bank-bank asing kerana memberi sedikit insentif kepada pengguna yang berdisplin serta membayar tepat pada waktunya. 

Nampaknya tak semua bank-bank asing ini sehaluan. Standard Chartered Bank dilihat mengikut langkah bank-bank tempatan dalam menetapkan kadar faedah serta caj kewangan kad kredit. 

Kadar terbaharu ini akan berkuatkuasa mulai 20 April 2012.





Standard Chartered Bank
Pembayaran tepat selama 12 bulan 15%
Pembayaran tepat selama 10 daripada 12 bulan  17%
Pembayaran tepat kurang daripada 10 bulan 18%
Caj Pembayaran Lewat Minimum RM10 atau 1% daripada baki belum jelas, yang mana lebih tinggi, dan sehingga maksimum RM100


Langkah yang dilihat sebagai kurang menarik bagi pelanggan dan pengguna kad kredit. Apa pun biarlah pengguna menentukan pilihan yang terbaik bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini kenaikan 1.5% terhadap pengguna yang melakukan pembayaran tepat selama 12 bulan adalah boleh dijadikan sebab untuk berpindah ke bank lain. 


Sumber, Standard Chartered Malaysia





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

1 ulasan:

  1. Standard Chartered Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 20 April 2012 - BEAM(https://www.mdanif.com/2012/03/standard-chartered-bank-mengumumkan.html) de autor desconocido bajo licencia de CC BY-SA(https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/)
    Standard Chartered Bank Mengumumkan Kenaikan Kadar Faedah Kad Kredit Mulai 20 April 2012 - BEAM de autor desconocido bajo licencia de CC BY-SA

    BalasPadam