BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 April 2012

F1- Sebastian Vettel Menang Di Bahrain!

Nampaknya kebangkitan jentera-jentera yang menggunakan enjin Renault tidak dapat dibendung lagi. Setelah beberapa perlumbaan yang sebelum ini dikuasai oleh jentera Mercedes dan Ferrari.

Perlumbaan di Bahrain telah menunjukkan kemampuan jentera yang dikuasai Renault. Dari kedudukan pertama sehingga keempat semuanya dikuasai oleh pasukan yang menggunakan enjin Renault!



Bermula dengan kecemerlangan Sebastian Vettel [Link] menyambar petak pertama pada pusingan kelayakkan semalam dan seterusnya kecemerlangan itu diteruskan apabila beliau memenangi perlumbaan Bahrian Grand Prix 2012.  


Pada perlumbaan di Bahrian Grand Prix 2012 juga menunjukkan kebangkitan Pasukan Lotus apabila kedua-dua pelumbanya, Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean berjaya mendapat kedudukan kedua dan ketiga. Nampaknya tahun ini pasukan-pasukan yang membawa nama Malaysia telah berjaya melakar kecemerlangan. Syabas!

Tentunya kali ini tumpuan adalah terarah kepada Kimi Raikkonen yang berjaya kembali ke podium sejak kembali ke perlumbaan Formula 1 (F1) hanya selepas menyertai 4 perlumbaan pada musim 2012!  

Michael Schumacher bila lagi?




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan