BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Mei 2012

Bila Tiba Musim Peperiksaan

Bila anak-anak sudah mula bersekolah, segala perancangan serta aktiviti yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira faktor tersebut.

Susah juga hendak ke mana-mana lebih-lebih lagi jika ada yang bakal menduduki peperiksaan.

Jadi perkara yang terbaik bagi memanfaatkan hujung minggu ialah menyediakan ruang bagi anak-anak untuk mengulangkaji secukupnya. Tidak mengapalah jika tidak dapat keluar pada hujung minggu tersebut asalkan dapat membantu anak-anak dalam menyediakan diri mereka secukupnya bagi menghadapi peperiksaan.

Tidak dinafikan sebagai ibu bapa kami memang mengharapkan keputusan yang terbaik daripada anak-anak. Malah budaya mementingkan kecemerlangan sememangnya perlu ada dari diri bagi setiap umat Islam.

Cuma dalam usaha untuk mencapainya, segala tindakkan dan usaha yang dilakukan haruslah janganlah sampai menjadi satu bebanan serta tekanan di kedua-dua pihak...

Semoga segala usaha dipermudahkan. Amin.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan