Cerita Tentang [
Tablet S
]

Sony Tablet S Menyokong Andriod 4.0.3

Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluaran mereka iaitu Sony Tablet S sudah boleh dikemaskinikan kepada Android 4.0.3 ( Ice Cream Sandwich )[Link]



Tentunya berita ini amat mengembirakan bagi pemilik Sony Tablet S kerana dengan penambahbaikan ini pengguna dapat merasai pengalaman multimedia yang lebih memuaskan. Selain daripada Sony juga menyatakan bahawa penambahbaikan itu melibatkan rombakan semula paparan antara muka serta peningkatan kebolehgunaannya.

Antara ciri-ciri penambabaikan terkini adalah:

  • Akses langsung kepada kad SD
Kini pengguna boleh terus mengakses dan melihat kandungan yang disimpan pada kad SD. Ini menjadikan Sony Tablet pilihan yang lebih menarik untuk melihat gambar dan klip video yang diambil dari kamera digital atau camcorder.

  • Folder di skrin utama
Anda boleh membuat folder yang dinamik dan mudah-untuk-nama dengan mengheret dan menjatuhkan mana-mana ikon di atas ikon lain.
  • Kamera dan aplikasi penyuntingan foto yang dipertingkatkan
Android 4.0.3 menawarkan kamera yang dipertingkatkan dan aplikasi penyuntingan foto. Di samping ciri penyuntingan baru yang dipertingkatkan, Sony telah menambah pelbagai mod pilihan yang lebih luas untuk slideshow bagi memaksimumkan keseronokan tontonan foto anda.




  • Mod tunggal panorama
Anda boleh menangkap gambar panorama indah serta-merta pada Sony Tablet.




  • Pelancaran kamera terus dari skrin utama
Kamera boleh dilancarkan secara terus dari skrin walaupun ianya berkunci hanya dengan swipe ikon kunci ke kiri. Kini pengguna tidak akan terlepas saat berharga untuk menangkap gambar.

  • Aplikasi penyuntingan photo yang dipertingkatkan
Ciri penyuntingan foto dramatik yang telah dipertingkatkan membolehkan anda memotong gambar, memperbaiki kesan mata merah dan menambah pelbagai kesan khas tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga. Gambar akan kelihatan lebih menarik dengan serta-merta pada Sony Tablet.


Untuk makluman selain daripada penambahbaikan yang dinyatakan, Sony Tablet S juga telah diturunkan harganya. Untuk model 16GB WiFi ditawarkan pada harga  RM1199 manakala model 32GB WiFi ditawarkan pada harga RM1499.







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment