Now Reading [
Tips
] News

Teknologi - Ketinggalan Sedikit Tidak Mengapa

Kalau terlalu terikut-ikut sangat perkembangan teknologi tentunya sedikit sebanyak memberi tekanan terhadap kawalan kredit dan kewangan keluarga secara umumnya.

Didalam masa yang sama sebenarnya kita juga dalam dilemma. Kalau tidak mengikuti langsung teknologi tentunya kita akan ketinggalan. Jika terlalu terikut-ikut pula tentunya ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar.


Jika sudah membuat keputusan untuk mendapatkan gadget yang diingini tentunya kita juga sudah bersedia untuk mengalami sedikit ketidakselesaan akibat daripada kos melepas. Maklumlah tentu ada perkara lain yang terpaksa dikurangkan atau ditiadakan kesan daripada pembelian tersebut!

Jadi untuk mengatasi masalah ini, saya telah praktikkan beberapa langkah:

  • Menunggu Selepas Setahun
Menunggu selepas setahun teknologi tersebut diperkenalkan sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Tunggu sehingga harga gadget yang diingini itu turun ke paras terendah! Pembeli terawal tentunya akan membayar pada harga premium. Lagipun dengan bersabar tentunya dapat mengelak daripada terjebak dengan pembelian impulsif [Link]

  • Mencari Pengganti Sempurna
Perlu rajin dalam melakukan sedikit kajian serta mencari maklumat untuk mengetahui apa yang terdapat di pasaran yang boleh dijadikan alternatif. Walaupaun ianya hanyalah alternatif, tidak semestinya ianya kurang baik. Berkemungkinan juga yang menjadi alternatif ini setara prestasinya dan lebih murah!

  • Meneroka Pasaran Alternatif
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menerjah halaman web serta forum-forum berkaitan yang menawarkan barangan baru serta terpakai yang hendak dijual. Dapatkan tawaran yang terbaik serta buat sedikit perbandingan. Jika bijak memilih, yang dilabelkan statusnya sebagai terpakai ini juga agak menarik untuk dipertimbangkan.

  • Hukum Potongan 30 Peratus
Hukum Potongan 30 Peratus [Link] ini telah lama saya praktikkan. Memang sangat berkesan dalam menyekat keinginan dan kehendak. Hukum ini sebenarnya adalah permainan psikologi yang menyelamatkan kita daripada terlebih bebelanja. Sangat mudah untuk diaplikasikan. Hanya perlu potong 30 peratus daripada apa yang kita inginkan dan itulah  "budget" yang kita selesa untuk dibelanjakan!

Langkah-langkah diatas hanyalah panduan umum dalam membuat pembelian berdasarkan peruntukan yang terhad. Tidak salah menunggu setahun atau lebih untuk memiliki sesuatu. Bermula lewat bukan alasan untuk tidak menguasai sesuatu teknologi manakala menjadi pengguna terawal tetapi tidak mengeksploitasi sepenuhnya juga tidak meletakkan kita ke tahap yang sepatutnya!

Bila bercerita tentang teknologi, ketinggalan sedikit tidak mengapa..







Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment